Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

19 October 2017

Kertas Kerja Ganjaran Murid Kehadiran Penuh Ke Taman Wetland Dan Agensi Nuklear Malaysia

KERTAS KERJA
GANJARAN LAWATAN
ZOOM IN KEHADIRAN PENUH
MURID KE SEKOLAH 2017


1.0     PENGENALAN
          Bulan November merupakan bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka. Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan personalia tertentu di tempat tersebut. Program ini juga dijalankan kerana memberikan ganjaran untuk murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah sepanjang Januari hingga November 2017.

2.0     OBJEKTIF
1)       Agar murid dapat mempelajari melalui pengalaman sebenar dengan lawatan
2)       Agar murid dapat menjalankan tugasan di tempat lawatan melalui sesi temubual      dan pemerhatian di tempat sebenar.
3)       Agar murid dapat diberikan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh           ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah

3.0     TARIKH
          16 November 2017 (Khamis)

4.0     TEMPAT
          Taman Wetland Putrajaya dan Agensi Nuklear Malaysia, Bangi

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
                            Pengetua
          Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
                                    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
          Setiausaha       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Pengangkutan: Puan Rozinani Bt Awang
                                        Cik Afiqah Bt Mohd Sidek
                                        Puan Raudzah Bt A. Rahman
                                        En Mohd Nasrun B Ahmad

6.0     TENTATIF PROGRAM
          8.00 pagi      : Bertolak ke Taman Wetland, Puterajaya
          9.00 pagi      : Dijangka tiba di Taman Wetland, Puterajaya
                              : Aktiviti riadah dan meneroka keindahan alam sekitar
          12.00 tgh hari : Makan tengah hari / Solat Zohor
          1.20 tgh hari   : Bertolak ke Agensi Nuklear Malaysia
          2.00 petang  : Dijangka tiba di Agensi Nuklear Malaysia
          4.15 petang  : Bertolak ke sekolah
          5.00 petang  : Tiba di sekolah

7.0     SUMBER KEWANGAN
          Pendapatan
          Kokurikulum  :                                       = RM 1,200
          Koperasi       : RM 10 x 80 orang           = RM    800
          Jumlah         :                                       = RM 2,000
          Anggaran Perbelanjaan
          Makanan      : RM 2.50  x 80       orang = RM   200  
          Pengangkutan : RM 500 x 2 bas            = RM 1,000
          Taman Wetland: RM 10 x 80 orang        = RM   800
          Jumlah         :                                       = RM 2,000
8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang   diharapkan.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,



          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)       

To my Chloe, Bowie and Cream O
Please behave ..sini kampung ye
                                              

18 October 2017

Selamat Hari Deepavali




Happy Deepavali kpd warga sekolah yg meraikannya dan selamat bercuti panjang bagi warga sekolah selama seminggu. Saya baru nak bergerak balik kampung hari ini. 

Nak share tentang usaha program guru penyayang di bawah unit kebajikan. Setiap kali perayaan di sekolah, samaada Tahun Baru Cina, Selamat Hari Raya dan Deepavali , sekolah akan mengadakan kutipan sumbangan dari guru guru dan PIBG. Maklumlah kami adalah model sekolah berbilang bangsa. Sumbangan diberikan kpd murid murid yg menyambut perayaan tersebut dari kategori khas murid yg dikenalpasti sebagai calon yg layak menerima sumbangan tersebut. 

Diharapkan dgn sumbangan itu dapat memberikan senyuman yg membahagiakan anak anak ini. 

#Mee udang Sg Kelah
Balik kampung..ooo..

















17 October 2017

Kertas Kerja Perkhemahan Murid PT3 Anjuran Unit Kaunseling

Hari ini kami kesekolah untuk menyiapkan macam -macam. Pemantauan PPD buka sekolah nanti, penambahbaikan dokumen amalan terbaik disiplin dan kertas kerja program pt3 . Saya sharekan kertas kerja kami untuk rujukan :)



KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM
PROGRAM SELEPAS PT3

1.0     PENGENALAN
          Program Selepas PT3 adalah program yang dijalankan untuk mengisi program        selepas PT3 bagi murid-murid tingkatan tiga.  Antara aktiviti yang dijalankan     ialah   perkhemahan program dengan pengisian ceramah jati diri, membina      khemah, mempelajari pertolongan cemas yang asas dan mempelajari cara    menghidupkan api untuk memasak dalam kem. Dengan aktiviti luar bilik darjah           yang menyeronokkan diharapkan murid – murid dapat hadir ke sekolah.

2.0     OBJEKTIF
          1)       Agar dapat meningkatkan pengetahuan murid mengenai asas                                       perkhemahan
          2)       Agar dapat meningkatkan kerjasama antara murid yang berbilang bangsa                             melalui aktiviti kokurikulum
                   
3.0     TARIKH
          5 November 2017    (Jumaat)

4.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi     : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi: Puan Maznah Bt Musa
          Setiausaha    : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK              : Puan Salina Bt Mohd Isa
                              : Puan Rozinani Bt Awang
                              : Puan Tipah Bt Ngah       
5.0     Tentatif Program
          7.30 pagi      :         Ceramah Jati Diri
          9.30 pagi      :         Rehat
          10.00 pagi     :         Stesen 1 : Memasang khemah
                                        Stesen 2 : Asas pertolongan cemas
                                        Stesen 3 : Asas berkawad
                                        Stesen 4 : Asas memasak di hutan
          12.00 t/hari   :         Gotong - royong
          12.30 t/hari   :         Bersurai

6.0     Anggaran Kewangan
          Sumber Kewangan
          Kokurikulum                                                                                  = RM 600.00
         
          Perbelanjaan
          Ceramah                   :                                              =  RM 300.00
          Sandwich                   : RM 1.50  x  130 orang           =  RM 195.00
          Air                             : RM 21.00 x   5 tong                =  RM 105.00
          Jumlah                                                                                         = RM 600.00
         
7.0     PENUTUP
          Diharapkan dengan adanya program ini, maka objektif tercapai sesuai dengan         anjakan ke 10 transformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang   merujuk kepada keberhasilan murid dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)
          Guru Kaunseling                                                                 Pengetua



          Ikea Cheras
          Delicious karipap make my day ;)

16 October 2017

Lawatan PRS ke Pusat Sains



Selamat bercuti semua dan saya menganjurkan lawatan ke Pusat Sains untuk PRS dari Ting 2. Ganjaran sebab dalam tahun ini murid PRS Ting 2 yg bertugas di pintu pagar untuk sambutan murid mengalu alukan rakan rakan datang ke sekolah.
Sempena karnival Sains yg berakhir hari ini memang pelbagai aktiviti menarik yg dapat kami sertai.
Antaranya pameran mengatasi fobia iaitu survive the bunker. Best yg ni. Sbb ada tempat tempat yg direka khas untuk fobia tertentu. Bak kata fasilitator pusat sains, bila takut maka jantung berdegup dan isyarat dihantar ke otak untuk persiapan lari atau lawan. Jadi di tempat tempat tertentu dlm bunker tersebut direka untuk fobia kegelapan , fobia keseorangan di tempat sempit, fobia tpt tinggi, fobia haiwan tertenti seperti ular dll lagi. Test tempat manakah degupan jantung bertambah kencang. 

Kemudian kami diberi taklimat oleh fasilitator di samping info penting. 

Tempat kedua yg agak best ialah Maya. Bangunan pertama sebaik melangkah ke pintu gerbang Pusat Sains. Simulasi maya seperti suasana gunung berapi, simulasi dalam laut sambil menaiki chairlift. 

Ramai betul org hari ni, nak naik flying fox pun beratur panjang. Mana mana tempat pun beratur so dalam 4 jam tu hanya beberapa tempat sahaja yg dapat kami bermain. 
Tahniah pusat sains pengajuran yg hebat ttg karnival sains :)

#Klaustrofobia































6