7 October 2013

Happy Birthday Padali

Selamat Hari Jadi
Semoga murah rezeki
Pulut kuning hari ini
Akak tau kau suka ini ;)



Padali berkongsi zodiak Libra dengan saya. Sebab tu serasi bekerja dengan dia. Teringat tahun 2012 kami membelikan kek tapi apa sahaja sambutan hari lahir yang kami adakan di bilik kaunseling, Padali tidak menyentuh kek huhuhu memang dia tidak suka kek. Apalagi hari ini, waktu rehat saya ke Taman Tenaga untuk cuba mencari pulut kuning kegemarannya dengan rendang ayam sebagai pengganti kek untuk jamuan suprise tengah hari nanti bersama pelajar PRS. Tepat masanya ahli PRS dah siap menunggu di bilik kaunseling dan Padali tidak menyedari helah mereka. Oh lupa nak bagitau yang student PRS Tingkatan 5 ini memang pelakon sketsa karnival kerjaya....memang tiptop untuk mereka buat kejutan jamuan hari ini. 
Sempat lagi telefon Rozi yang bertugas di sesi petang untuk tolong bawakan bekas cantik bagi mengisi pulut kuning itu. 

Memang menjadi kejutan hari ini. Akhirnya Padali sentuh juga 'kek' hari jadinya dan makan dibilik kaunseling dan sempat dibungkuskan juga untuk dibawa balik :). Misi tamat..terima kasih PRS.


 

Telegram Channel