14 December 2013

Disebalik tabir Kursus PRS 2013


Kenangan membuatkan kita terkenang
Spontan Cikgu tersenyum seorang


Disebalik tabir kursus PRS tahun ini.... kami adakan di sekolah dan saya sangat bernasib baik mendapat bantuan dari ahli PRS batch 2012  yang datang membantu selaku AJK Kursus PRS di sekolah. Ada juga batch dari tahun -tahun sebelumnya yang datang iaitu 2008, 2005 yang bertungkus lumus menyediakan peralatan. Sebenarnya dalam mana-mana persatuan, jika ahlinya mempunyai bonding yang kuat maka apa sahaja aktiviti yang akan dijalankan akan memudahkan bukan sahaja kepada guru penasihat malah aura kejelekitan dan kerjasama akan turut dirasai oleh ahli - ahli yang lain. Batch PRS 2012 ini kebanyakannya adalah ahli PRS dari tingkatan 1 dan mereka hampir 5 tahun bersama saya. Walaupun batch ini cemerlang dalam PMR tetapi mereka berpatah balik dan bersekolah di sini sewaktu di tingkatan 4 dan meneruskan niat masih untuk membantu sekolah sebelum masing - masing berpisah untuk melanjutkan pelajaran. AJK PRS Tingkatan 5 tahun ini bertindak selaku fasilitator. Kebanyakan aktiviti terutama team building adalah hasil kreativiti mereka sendiri dan saya bersetuju asalkan objektif tercapai. Biasanya sewaktu kursus diadakan, pada malam hari kami mengadakan barbeque khas untuk AJK dan fasilitator yang datang membantu. Aktiviti santai ini mengeratkan silaturahim antara kami. Seronok melayan gelagat masing-masing. 

Biasanya jika saya ingin mengadakan kursus PRS, memang ramai sahaja yang nak membantu tetapi saya yang perlu menapis kerana risau bilangan AJK melebihi bilangan peserta nanti hahahaha. Lagipun saya tak sampai hati nak mengenakan bayaran makanan kepada AJK yang membantu oleh itu memang full sponsor dari UBK tetapi apabila bilangan yang ingin membantu lebih ramai dari had yang sepatutnya itu yang perlu dikawal. Memanglah mereka kata mereka tak kisah jika makanan tidak cukup, mereka boleh membeli diluar tetapi hati seorang guru...mana tergamak. Sebab itu setiap tahun saya perlu mengawal bilangan exPRS yang ingin datang membantu. Cara terbaik klik dari batch tahun lepas, kemudian tambah sikit dari alumni PRS yang aktif datang ke UBK walau tiada program.


                                       
















 

Telegram Channel