21 December 2013

Kecemerlangan UBK SMK Cheras

Don't let negative people 
Rent space in your head


Countdown buka sekolah bagi tahun 2014. Selak kegemilangan UBK sewaktu Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya masih dijalankan antara tahun 2001 hingga kini. Cuma pada tahun 2010, Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat kebangsaan tidak diadakan lagi dan pada tahun 2013 pula Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya peringkat WPKL pula tidak dijalankan lagi.


Cuma nak mengimbas kembali kegemilangan UBK peringkat Pudu, WPKL dan Kebangsaan sepanjang saya menjadi guru kaunseling di sini. Folio kerjaya johan Zon Pudu dari tahun 2006 kali pertama pertandingan folio diperkenalkan hingga 2012. Peringkat WPKL sentiasa naib johan dan johan pernah pada 2008 dan 2010 terus mewakili KL ke kebangsaan. Tahun 2011 dan 2012 juga johan tetapi tiada pertandingan peringkat kebangsaan. 


Eksplorasi Alam Kerjaya sejak tahun 2001 hingga 2012 sentiasa mewakili Zon Pudu ke peringkat negeri. Di peringkat negeri pernah menjadi johan pada 2003 dan johan kebangsaan dengan wang tunai RM 2000. Tahun 2008 mewakili KL juga tetapi tidak menang di peringkat kebangsaan. Di peringkat WPKL kami sentiasa mendapat naib johan kecuali bagi tahun yg kami johan dan ada dua tahun kami mendapat tempat ketiga di peringkat WPKL.

Pertandingan Membina Media Maklumat kejayaan terbesar johan WPKL pada 2004 dan ke peringkat kebangsaan di Johor. Tahun yg lain sama ada naib johan atau ketiga jika dapat mewakili Zon ke peringkat WPKL. Di Zon Pudu sama ada johan atau ketiga.


Pertandingan poster dan sketsa tidak konsisten. Julung kali dapat johan atau naib johan Zon Pudu dan mewakili ke peringkat negeri WPKL. 






 

Telegram Channel