12 December 2013

Projek Folio Kerjaya : Juruanimasi




Hi! Saya Upin
Saya Ipin

Biasanya kalau bercakap mengenai projek karnival kerjaya, cuti sekolah yang panjang ini kami dah merangka tajuk kerjaya apa yang merupakan pilihan pelajar. Dah start google isi kandungan untuk dimuatkan dalam folio kerjaya dan personalia pilihan yang boleh bekerjasama dengan baik untuk kami. Yang penting pelajar bersama personalia sama ada menemubual atau personalia menunjukkan kepada pelajar apakah yang sedang mereka lakukan sudah memadai untuk peserta projek folio. Tidak seperti projek Eksplorasi Alam Kerjaya yang mana rakaman video perlu dilakukan dan aktiviti personalia menjalankan kerja bersama peserta lebih menyumbang markah kerana peserta merasai bidang kerja personalia tersebut. Membelek gambar peserta folio kerjaya 2013 yang mana kami ke Les' Copaque di Shah Alam iaitu sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3d berstatus MSC untuk tajuk kerjaya juruanimasi. Tidak susah nak mencari syarikat ini.Bangunan Upin Ipin dari luar dah jelas kelihatan. Kami diberi taklimat dibilik mesyuarat dan peserta mula bersesi soal jawab dengan juruanimasi yang terlibat. Kami ke ruang kerja dan melihat masing-masing khusyuk memandang komputer. Kami tidak dibenarkan membuat bising dan peserta bergerak dari seorang ke seorang untuk memerhatikan apa yang mereka lakukan. Mereka melayani dengan baik peserta projek yang bertanya. Rupanya di sini juga ada aktiviti untuk lawatan pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Pakej lawatan, bermesra dengan Upin Ipin dan aktiviti mewarna juga dijalankan. Terdapat kedai khas disini yang menjual pelbagai produk Upin Ipin untuk dijadikan kenangan.




 

Telegram Channel