21 January 2014

Mesyuarat Guru Kaunseling Pudu 1/14

Thank you UCSI !
Sponsor our venue and meals.
For the meeting.

Meeting pertama tahun 2014. Welcome 5 orang ahli guru kaunseling Pudu yang baru. Kali ni meeting di UCSI dan kami diberikan taklimat mengenai UCSI dan tour campus. Dari luar nampak kecil rupanya memang gah kat dalam dengan pelbagai kursus profesional. 
Antara agenda penting:
1) Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu
Pertandingan wajib ialah poster dan eksplorace kerjaya. 4 pertandingan lagi pilihan sahaja:
a) Eksplorasi Alam Kerjaya wajib multimedia sahaja. Tidak perlu buku dokumentasi. Pemarkahan format multimedia sahaja.
b) Folio Kerjaya buat buku sahaja tidak perlu pembentangan.
c) Sketsa Kerjaya tajuk kerjaya bebas.
d) Rekabentuk Grafik Kerjaya masih format lama.
Pada tahun ni sekali lagi tiada pertandingan peringkat negeri. Tetapi zon masih lagi mengekalkan pertandingan untuk pelajar. 
2) Pertandingan bilik kaunseling tercantik.
3) Pencalonan tokoh PRS
Perkara di atas merupakan inisiatif saya untuk mewujudkan anugerah yg akan disampaikan sewaktu karnival.
4) Program Smart Support Team untuk zon pudu bermakna team untuk bantu bencana di pusat pemindahan . Setiap zon diminta tubuhkan seramai 10 team tapi setiap subzon saya minta 5 orang, jadi ada 20 org dlm team Zon Pudu. 
5) Persidangan Guru Kaunseling berdaftar pada 23 jan di Putrajaya. Seramai 23 org juga ahli Zon Pudu yg berdaftar.
6) Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL di JPWP pada  24 dan 25 feb 2014. Pada ketika ini satu Mesyuarat Agong KLCA juga akan diadakan.
7) Karnival Kepimpinan yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar ikon yg mengikuti kursus pada program selepas PMR tahun lepas. Pada 11 Feb ikon yg terpilih untuk mengendalikan karnival akan dipanggil untuk mesyuarat.
8) Projek urban poor oleh DBKL jika ada student mendapat 6A keatas dan pendapatan ibu bapa 3k ke bawah, boleh memohon untuk biasiswa dari DBKL dan terlibat dgn program khas DBKL. 
9) Program PPSDM diminta format yg betul untuk diisi oleh guru kaunseling. Sila mohon kerjasama dengan guru disiplin yg sepatut  mengisi borang disiplin. Mulai tahun ni ada JU PPSDM peringkat zon yang akan dilantik untuk melancarkan kutipan data.
10) Program Guru Penyayang memerlukan data indeks persepsi guru penyayang setiap bulan tapi tahun ini difailkan. Mulai tahun ni mengikut format KPM dan dihantar setiap 3 bulan. 
11) Borang L4 yang ingin mengambil data mentor mantee sepatutnya mengambil kira semua pelajar kerana terlibat dengan aktiviti mentor mantee guru penyayang. 
12) Program MMU di Muzium Telekom 23 jan tidak mempunyai letterhead KPM atau JPWP menyebabkan kebanyakan pengetua tidak meminitkan surat itu untuk dihadiri guru. Hanya 7 org yg mengesah kehadiran.
13) Update guru kaunseling yg berpindah, bersalin dan sakit.
14) Isu zon tidak boleh mempunyai akaun zon so segala duit tumpang di KLCA jadi kalo ada program peringkat zon memerlukan kewangan dan sponsor so zon kena deal dgn bendahari dahulu dan mohon letterhead KLCA dari SU KLCA untuk surat sponsor dan zon hendaklah berikan setiap salinan surat kepada SU KLCA
Lain lain ialah pembentangan dari En Akmal dari PPW Bangsar Pudu dan Pn Mahani Aiera Penyelia Kanan BNK JPWPKL.

 

Telegram Channel