6 January 2014

Orientasi Tingkatan 1

Hujan lebat
Di tengah malam
Dah obsess jadi blogger
Hari hari tengok blog sendiri!

Hari ini merupakan hari terakhir minggu orientasi. Orientasi tingkatan 1 telah diadakan seawal 31 Disember dan para pelajar telah menerima bekalan buku teks masing - masing. Orientasi bersambung pada minggu persekolahan melibatkan masa pertama hingga keempat sebelum rehat.

2 Januari 2013 melibatkan taklimat dari pentadbir iaitu penolong kanan petang, penolong kanan HEM, penolong kanan kokurikulum dan guru disiplin.

3 Januari melibatkan taklimat guru koperasi, guru PBS, guru biasiswa baitulmal dan BKP,

6 Januari pula melibatkan taklimat guru kaunseling mengenai psikometrik, taklimat oleh guru pusat sumber sekolah, latihan nyanyian lagu sekolah.

Sepanjang minggu orientasi diadakan, pelajar berada di dalam kelas sementara. Isu pengaliran kelas Tingkatan Satu di sekolah ini memang agak unik sikit oleh sebab itu pelajar tidak dapat dialirkan di dalam kelas tetap seawal hari pertama atau kedua. Ini kerana sekolah ini mempunyai empat jenis aliran kemasukan iaitu kelas peralihan apabila result UPSR mendapat D Bahasa Melayu. Terdapat 2 kelas peralihan di sekolah ini yang boleh menampung hanya 70 maksimum pelajar. Manakala Tingkatan Satu pula mempunyai aliran biasa, aliran muzik, aliran Arab. Aliran kelas muzik mempunyai dua kelas di mana para pelajar perlu melalui uji bakat oleh guru muzik untuk menentukan kelayakan mereka. Aliran Arab pula perlu melalui JPWP untuk terus diterima masuk ke dalam kelas tersebut dan melalui ujian kemasukan kelas tersebut oleh guru Bahasa Arab bagi pelajar yang berminat. Ini kerana kelas kelas tersebut perlu mencapai jumlah minimum pelajar dalam sesebuah kelas. Oleh kerana kelas di sekolah ini digelar dengan nama Amanah, Bestari, Ceria, Dedikasi, Efisien, Gigih, Jujur, Makmur, Setia, dan Tekun dan dipanggil dengan nama singkatan A, B, C, D, E, G, J , L, M, S, dan T. . Maka ibu bapa tidak berapa gemar jika anak mereka masuk ke kelas muzik dengan gelaran D dan E. Oleh itu penting sewaktu taklimat kepada ibu bapa saya menerangkan bahawa di sekolah ini kelas A, B, C, D , E dan G adalah kelas pertama untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik cuma berbeza aliran sahaja agar mereka tidak khuatir untuk memasukkan anak mereka ke kelas Arab yang digelar 1C atau kelas muzik yang digelar 1D atau 1E.

Tahun ini agak mudah mengendalikan pelajar Tingkatan 1 kerana bilangan pelajar tidak ramai. Oleh itu purata pelajar dalam sebuah kelas tidak ramai dan kurang dari 30 orang. Hopefully student can survive their study till form 5. Pesanan cikgu, pandai -pandai memilih kawan!


 

Telegram Channel