8 January 2014

Site Kaunseling- VLE Frog

Setiap kali membuka Frog
Terbayang mentor Frog..cikgu Teknologi Maklumat sekolah
Yang sangat komited dan sentiasa membantu

Hari ni obsess dgn VLE Frog satu jaringan bestari yang diperkenalkan oleh KPM bagi  memudahkan interaksi antara guru dan pelajar dalam talian. Hari ni saya menyiapkan senarai nama mentor mantee untuk projek guru penyayang. Oleh kerana azam tahun ni nak mengaktifkan bestarinet ni sepertimana saya aktif dalam facebook lalu saya membelek belek VLE Frog sekolah. Memangla kena ada motivasi yang tinggi bagi para guru untuk memuatkan bahan dalam VLE ni kerana ia tidak semudah facebook. Ini bukanlah percubaan pertama saya untuk memuatkan info...tetapi apabila setahun hanya beberapa kali sahaja guna i really need a tutor each time nak masuk info baru. So dah hampir bosan mengadap komputer hampir sejam lebih tak dapat jugak nak upload dokumen kenala mintak tolong master frog..huhu Kak Liza. Berguru di makmal komputer sekolah sementara motivasi masih tinggi. VLE ni bukanlah satu yang popular dalam kalangan guru. Hanya guru yang benar benar mesra teknologi maklumat dan mempunyai daya usaha yang lebih sahaja berminat untuk mengunakan seoptimum yang boleh penggunaan bestarinet ni. Kelebihan perisian ini sangat bagus kerana ia melibatkan warga sekolah sahaja dan jika menjadi kebiasaan agak mudah untuk membuka dan menyusun maklumat untuk dikongsi dengan warga sekolah,kelas sasaran atau orang tertentu sahaja dalam sekolah. Jadi mulai tahun ini saya tak perlu lagi upload gambar program sekolah di facebook saya lagi, boleh upload di site kaunseling bestarinet sahaja dan warga sekolah boleh melihat dan mengambil gambar yang mereka inginkan sambil membaca laporan lengkap seperti dalam blog unit bimbingan kaunseling. Cuma dalam bestarinet ni kita boleh create pelbagai site untuk pelbagai program dan info apa sahaja mengenai sekolah dan menjalankan pembelajaran dan pengajaran. Pelajar juga diwajibkan mempunyai akaun
Yes.My dan menggunakan bestarinet seoptimumnya. 

Tahun 2014 ialah tahun yg serius penggunaan bestarinet secara optimum oleh warga sekolah. Penggunaan facebook juga telah diblock jika menggunakan kemudahan internet sekolah.   Di hujung 2013 lagi kami diminta membuka email yes dengan lebih kerap. Hari ni saya dapat ilmu baru bagaimana create site guru penyayang dan share info di VLE. Hopefully motivasi saya sentiasa ditahap terbaik untuk menggunakan VLE Frog secara  optimum untuk kepentingan semua pihak.

2 comments

salam. terima kasih atas info yg kak haiza tulis di blog. sy sgt berminat untuk mengetahui cara2 nak menggunakan vle untuk UBK. mungkin kk haiza boleh buat tutorial sikit. terima ksih.

In sha Allah akak usahakan menulis tutorial tu cuti sekolah nanti ye.

 

Telegram Channel