8 March 2014

LADAP 1/14

Sabtu bersejarah
Sambil dengar ceramah
Baca whats app dan insta
Tentang flight MAS hilang
Terganggu emosi jap

Hari ni kursus LADAP untuk kali pertama 2014 dibawah AJK Kelab Guru yg baru. Dua slot untuk hari ni ceramah dan ceramah lagi. Ceramah pertama tentang rasuah dan penyelewengan dan slot kedua mengenai integriti. Pemilihan tajuk oleh pihak pengurusan sekolah. Yang bestnya tahun ni rileks sikit handle LADAP coz tahun ni tak terlibat sebagai AJK krn dah pass kerja secara rasminya kpd ketua bidang. Tahun lepas jadi naib setiausaha so kena busyla bantu persiapan coz partner sendiri setiausaha. Tahun ni mmg tak pegang apa dah. Tapi biasala cikgu cikgu ni dah terbiasa tanya saya ttg LADAP ni maka persiapan program dari makanan, cenderahati dan sebagainya masih rujuk pada orang lama.
Slot pertama bertajuk:
Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa oleh Tuan Haji Muhammad Shahami Pegawai Kanan SPRM. Intro yg menarik ..rasuah bermaksud apa sahaja selain gaji. Well hati hati jgn terjebak krn duit suapan dan salah guna tu akan jadi duit untuk membeli mkn yg menjadi darah daging kita. 
Slot kedua: Guru Berintegriti Melahirkan Generasi Berintegriti oleh Puan Roziah Harun selaku Penolong Pengarah Kanan, Sektor Awam, IIM. Intro menarik mengenai guru ialah profesion kedua yg dipercayai oleh masyarakat. I like this topic very much..memotivasikan semangat kerja!
Kalau kita nak berubah:
1) Mulakan dari benda yang kecil
2) Start dgn diri
3) Tika dan saat ini!
 

Telegram Channel