19 March 2014

Mesyuarat JK Guru Kaunseling Pudu 3/14

Fuyoo Kajang meriah
Perang poster
BN dan PKR

Agenda hari ni
-Data dan laporan ke JPWP
-Karnival Kesihatan dan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu
- PPSDM dengan fokus baru buli dan kesopanan.
- Perlantikan JU untuk Zon Pudu
- Penyampaian sijil perlantikan AJK. Wah best ler baru tiga bulan dah dpt sijil. Masa jadi setiausaha 
  ke..naib setiausaha ke..juruaudit ke dulu mmg lama nak dpt sijil. Lepas dah letak jawatan dan berbulan 
  lama baru dpt.              
- Taklimat dari Kolej ITWeb
- Taklimat dari Smart College
- Penyampaian cenderamata kpd guru yang melahirkan anak kali pertama Zon Pudu, guru yang sakit dan  
  masuk wad dan guru yg berkahwin.

Hari ni Mesyuarat Guru Kaunseling Zon Pudu di  SMK Convent Jln Peel iaitu sekolah tuan rumah yg akan mengadakan Karnival Kesihatan dan Kaunseling Kerjaya Zon Pudu ini nanti. So fokus utama tentang karnival ni dapat bajet RM 8000 untuk kami buat program. Kali ni combine sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami bercadang adakan karnival pada 28 dan 29 April 2013. Pertandingan wajib ialah poster, rekabentuk grafik kerjaya  dan eksplorace kerjaya bagi sekolah menengah dan pertandingan pilihan ialah folio, sketsa, EAK. Oh mcm biasa sekolah saya akan masuk semua pertandingan setiap tahun. Saya ingat lagi sewaktu saya sorang sorang jer jadi guru kaunseling semua pertandingan saya join almost 5 pertandingan jugak yg saya haruk..bimbingla diaorg stayback dah sampai ke ptg..ke mlm dan ada yg sampai weekend pun duduk sekolah. But then kami sangat rapat. So bila ada 3 kaunselor skrg di sekolah ...tarik diri is not an excuse..no!no!no! takda alasan langsung so kena masuk semua pertandingan.

Yang menariknya tentang pertandingan kali ni kami adakan pertandingan bilik kaunseling tercantik. So huhu yg ni pun saya join jugak saje suka suka walau saya tau takdela cantik mana berbanding sekolah lain. So bila join pertandingan kita boleh kenalpasti kelemahan diri. Hadiah wang tunai juga tu memang best ler. Selain itu tahun ni kami mengiktiraf PRS melalui penghargaan kepada ahli PRS yg banyak membantu dengan setiap sekolah mencalonkan seorang ahli PRS yang terbaik di peringkat sekolah. 

Pameran yang paling hangat diperkatakan sbb setiap tahun agensi akan bising bila tak ramai student yg dtg maklumla IPTS byr mahal pada konsultan atau pada penganjur. So this year kami cadang buat pameran dan ceramah selama sehari dan bayaran IPTS hanya RM 300 which is very affordable sbb murah dan dapat sasaran satu Zon Pudu. So bila murah dan nampak ramai student, takdela agensi IPTS ni merungut. Bukannya apa...perlu ingat bahawa pameran ini merupakan penyumbang utama modal kami untuk tampung duit tunai sbg hadiah pelajar dan hamper. Zon kami memang terkenal dgn meriah bila buat karnival. Ada wang tunai utk pelajar yg menang, ada hamper dan adakalanya lebih lumayan berbanding negeri
Bukan apa..hadiah wang tunai sebagai galakan dan tidak setimpal sangat pun sebenarnya dengan kos masuk pertandingan ni. 

Oh ye tahun ni jugak saya buat syarat baru iaitu tiada piala pusingan. Sekolah yg menang akan menerima piala utk sekolah terus. Tentu sekolah yg menang boleh buat koleksi tahunan..kan Pertandingan pun buat dgn format baru. Poster lebih kepada kesihatan, EAK tanpa buku, folio tanpa pembentangan, sketsa lebih kepada apa saja kerjaya. Utk eksplorace kami reka syarat baru.Now my big problem is kena duduk semeja dgn AJK sekolah rendah untuk berbincang tentang keseluruhan perjalanan program.
Well dgn agenda yg panjang tu..mesyuarat dari pukul 10.30 pagi berakhir pkl 3 petang. 

Naib Pengerusi : Puan Kang Kooi Li dari SMK Chocrane

Pn Aidawati Setiausaha dari SMK Puterijaya
Puan Norfaezah dari SMK (P) Bandaraya
Wan Normala dari SMK Permaisuri : Naib Setiausaha
Pn Rosmaria dari SMK (P) Pudu
 

Telegram Channel