3 March 2014

Sambutan Pelajar: Guru Penyayang

Wah...hari jerebu teruk
Aktiviti luar dibatalkan

Bulan ni turn Satria welcome student. As secretary for this programme Guru Penyayang, aktiviti sambutan pelajar di pintu pagar ni pada mulanya saya rasa tidak berjaya. Tahun pertama perlaksanaan guru penyayang pada tahun 2012 agak susah saya nak promote guru ikut duty. Masa tu, giliran sambutan pelajar mengikut guru disiplin dan ketua oleh penolong kanan kokurikulum. Sehingga satu tahap saya nampak PK Koko jer yg kadang kadang sorang sorang. Saya akan duduk di pagar ni seawal pukul 6.45 pagi setiap hari masa tu jika saya ada di sekolah. Approach guru disiplin juga adalah berbeza sebaik je student melangkah ke dalam kawasan sekolah, pelajar yg bermasalah atau penampilan yg melanggar peraturan akan kena dgn guru disiplin. Pada saya pada tahun 2012, aktiviti sambutan pelajar ni tak berjaya. 

Then strategi untuk 2013 diubah dimana turn ikut guru guru tapi mengikut rumah sukan. Satu team ada antara 8 org hingga 12 orang. Dari pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi mengikut rumah sukan Waja, Perdana, Satria, Putra dan Wira mengikut bulan dan bergilir semula hingga Oktober. November untuk geng pengurusan. Dari situ saya nampak strategi ini berjaya. Ramai yg menunggu depan pintu pagar terpulangla..kalo guru dtg awal akan berdiri di pagar lebih awal krn pengetua biasanya akan dtg pkl 7.00 pagi! So saya akan cuba cover dgn pergi ke pagar dulu jika guru belum datang. Dan kdg kdg kelakar pulak bile kami berlumba ke pagar sblm boss dtg :). Mula mula tu cikgu yg tak biasa dtg awal rasa aktiviti ini mcm leceh dan menyusahkan tetapi apabila dibriefing yg tak semestinya semua guru di pagar kalo dtg je sekolah sesiapa sahaja ke pagar dulu...then barula agak santai ada yg dtg 7 lebih. Atau adjust sesama mereka. Barula trend guru penyayang menjadi sbb memang ramai antara 5 hingga 9 org akan menyambut pelajar di pintu pagar. Tugas mereka meraikan pelajar yg datang dan jika pelajar bermasalah, guru disiplin akan menunggu di kawasan perhimpunan untuk memberi amaran atau hukuman kpd pelajar.

Yang menariknya mengenai aktiviti ini ialah secara peribadi saya seronok mengucap salam kpd pelajar di pintu pagar. Saya lebih cam pelajar saya yg bermasalah mcm mana trend mereka ke sekolah..berkenderaan dgn pakwe ke, famili ke atau melepak di Medan dulu ker atau merokok dulu ker. Sebelum aktiviti sambutan pagar untuk projek guru penyayang lagi, saya pernah duty kena jaga pagar bersama guru disiplin utk beberapa tahun.  Saya akan tunggu di pagar dan greet student dgn cara garis panduan guru penyayang padahal ketika itu projek guru penyayang belum dilaksanakan di sekolah. I guess my inner self really have a spirit of a counselor.
- smile-
 

Telegram Channel