17 May 2014

Kursus LDP dan Mesy Guru 2/14

Redah jem dua jam
Sabtu yg menyakitkan!

Macam biasa hari Sabtu bekerja. Hari ni attend mesyuarat guru dan kursus LDP mengenai skpm dan PBS. Mesyuarat guru yg pertama handle oleh boss. Boss maklumkan mengenai beberapa perkara dasar yg akan dibuat perubahan pada penggal yg akan datang. Antaranya guru pagi kerana berada di sekolah pada pukul 7.25 hingga 1.45 tengah hari manakala guru petang perlu berada di sekolah seawal 12.30 tengah hari. Isu yg paling menarik minat saya ialah SKT diberikan berdasarkan keberadaan guru di sekolah. Guru tidak akan dicalonkan bagi APC pun jika tidak berada di sekolah lebih 19 hari. Begitu juga guru guru yg bersalin dalam tahun tersebut. Wow lepas ni nak kira berapa lama asyik keluar sekolah . Mujur la saya ada satu perangai iaitu kalo keluar mcm mana pun meeting atau kursus sehari, saya akan berada di sekolah sama ada pagi tu atau di sebelah petang. Kecuali kalo kursus di kawasan yg tak melalui arah sekolah seperti di Putrajaya atau Cheras selatan. Well keberadaan ke sekolah semula yg penting dan dikira hadir ke sekolah. Saya kena pikir baik baik lepas ni strategi sebab as a pengerusi guru kaunseling Zon Pudu dan ajk untuk biro pendidikan YPC menuntut urusan kerja di luar. Mmg kena plan betul pergerakan lepas ni. Bayangkan surat pengarah sign untuk  guru keluar jadi AJK masa Hari Guru Kebangsaan pun pengetua saya reject..well memang power boss baru ni. 

Satu lagi isu menarik mulai penggal depan akan ada majlis bacaan Yasin setiap pagi Jumaat di dewan dan pelajar moral dengan sahsiah diri di dataran berbanding ketika ini di surau sahaja pada pukul 7 hingga 7.30 pagi. Selepas ini bermula dari pukul 7.15 hingga 7.45 pagi.
Kemudian kami berbengkel mengenai PBS dan skpm. 

 

Telegram Channel