1 June 2014

Projek Hot Plate JPWPKL

Bermula keriangan cuti sekolah,
13 hari bercuti bagi murid sekolah,
6 hari bercuti dalam diariku..kaunselor sekolah
Alhamdulillah...



Hari ni scroll apa yang patut untuk lengkapkan proposal hot plate unit HEM JPWPKL. Satu projek untuk membekalkan makanan yang berkhasiat di sekolah bagi pelajar yang miskin.  Hopefully boleh dipanjangkan untuk tindakan seterusnya dan mencapai objektif kami

           1.0 PENDAHULUAN

H       Program Hot Plate merupakan program pemberian makanan yang berkhasiat secara percuma di sekolah kepada murid-murid yang kurang bernasib baik dengan harapan mereka dapat hadir ke sekolah dan seterusnya memberikan tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas. Program ini merupakan inisiatif pihak sekolah sendiri bagi membantu murid-murid di sekolah masing- masing. Ini kerana pihak sekolah mendapati murid-murid ini datang dari keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) dan rumah setinggan. Murid- murid ini perlu dibantu kerana mendapati punca mereka tidak hadir ke sekolah kerana tiada wang saku dan ada yang melakukan kerja sambilan. Ini kerana ada juga murid-murid yang memperolehi bantuan kewangan sama ada KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) atau Baitulmal  tetapi biasanya digunakan untuk peralatan persekolahan dan keperluan mendesak ahli keluarga lain dan pelajar akan berkira untuk makanan dan berpuas hati jika hanya sekadar mengalas perut atau minum air. 

     Sewaktu murid – murid ini di sekolah rendah, murid-murid ini menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid sekolah rendah golongan miskin dan bertujuan menyediakan makanan yang berkhasiat dan mengandungi nutrien seimbang bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas. Walau bagaimanapun apabila murid itu menjejakkan kaki ke sekolah menengah,bantuan Rancangan Makanan Tambahan tidak diteruskan untuk murid sekolah menengah. Oleh itu pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan program seumpamanya di peringkat sekolah menengah. Pihak sekolah memberikan bantuan makanan percuma dengan dana dari guru – guru sekolah sendiri yang prihatin dan zakat dari koperasi sekolah. Ini kerana pihak sekolah ingin memastikan bahawa pelajar miskin memperolehi makanan yang berkhasiat di sekolah dengan menyediakan makanan percuma dan memastikan pelajar mengambil makanan dengan pemantauan pihak sekolah bagi membantu murid-murid memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam kelas.

2.0 RASIONAL 
          Statistik dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri
        sehingga 7 Mac 2014  menunjukkan seramai 310 keluarga yang miskin tegar dan 859 keluarga yang miskin di bandar yang tinggal di perumahan awam atau PPR DBKL. Oleh kerana itu, pihak sekolah sendiri mengambil inisiatif mewujudkan projek pemberian makanan percuma ini. Ini kerana kedudukan sekolah yang mana lebih 50% pelajar dari perumahan awam DBKL maka pemberian makanan ini menerusi inisiatif pihak sekolah dengan inisiatif dari sumbangan guru-guru dan koperasi sekolah diperlukan.
  
        Oleh itu projek Hot Plate atau pemberian makanan secara percuma di sekolah menengah perlu dijalankan berdasarkan kesinambungan projek RMT di sekolah rendah melalui usahasama dengan pihak swasta dan komuniti. Pihak swasta dan korporat biasanya mempunyai peruntukan kewangan mereka untuk program pendidikan dan kebajikan yang boleh membantu pihak sekolah. Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan rancangan makanan tambahan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa dalam memberi makanan kepada anak-anak mereka tetapi ia adalah sekadar membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak – kanak tersebut. Ia membantu murid tersebut dari merasa letih dan dapat memberikan tumpuan dalam kelas.
   

         3.0 MATLAMAT
     
     Memastikan murid mengambil nutrisi makanan yang mencukupi semasa berada di sekolah menengah. Aisyah Hamzah (2003) menyatakan keperluan tenaga dan zat zat makanan remaja meningkat dengan cepat. Remaja lelaki memerlukan sehingga 2600 kalori sehari manakala remaja perempuan memerlukan 2100 hingga 2350 kalori. Ini kerana remaja mengalami pertumbuhan berat badan hampir separuh daripada berat badan orang dewasa dalam tempoh lima hingga tujuh tahun selepas baligh.  
           Mencari dana bagi membantu sekolah yang ingin memohon bantuan bagi projek seumpama 





4.0       OBJEKTIF
4.1       Membantu murid yang kurang berkemampuan (miskin)- Urban Poor
4.2       Menggalakkan murid untuk datang ke sekolah.
4.3       Mewujudkan perasaaan dihargai dalam diri murid.
4.4       Memastikan murid sentiasa bertenaga untuk mengikuti proses pembelajaran
           di dalam kelas.

5.0       TARIKH PELAKSANAAN
Hari Persekolahan Sepanjang Tahun

6.0       SASARAN
Murid yang terpilih dan memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas persekolahan.

7.0       KEWANGAN
Sumber: Memohon Sumbangan Agensi Luar, Syarikat Swasta Dan Korporat.

8.0       CARA PELAKSANAAN
8.1       Pengesanan
            8.1.1  Melalui Guru Tingkatan
            8.1.2  Melalui pemerhatian warga sekolah
            8.1.3  Melalui pemerhatian pengusaha kantin
            8.1.4  Melalui sesi kaunseling murid.

8.2       Pelaksanaan
8.2.1 Bilangan murid dikenalpasti
8.2.2 Profil murid
8.2.3 Murid yang terpilih diberikan taklimat.
8.2.4 Murid mengambil kupon di bilik kaunseling setiap hari untuk ditukarkan di kantin.
8.2.5   Sumbangan disalurkan kepada  PIBG sekolah yang terlibat (Dana Masih Ada Yang Sayang) membuat bayaran kepada kantin berdasarkan kupon pada setiap hujung bulan.

9.0       PELAN TINDAKAN
BIL.
TINDAKAN
TANDA (√)

CATATAN

1.
Bentuk Jawatankuasa bertindak program
Urusetia
Task Force Urban Poor
Edu Amal
Edu Rider
PERASA
2.
Kenal pasti data murid yang layak untuk mengikuti program
APDM
3.
Verifikasi data murid miskin dengan sekolah
17 & 18 Mac Taklimat GPK HEM  Sekolah WPKL
4.
Pembentangan data dengan Pengarah Pendidikan
Task Force Urban Poor
5.
Mencari sumber dana dengan agensi luar, swasta dan badan korporat
Sukarelawan
  6.
Mengumpulkan profil murid-murid yang memerlukan  makanan dan keperluan asas persekolahan
Task Force Urban Poor
7.
Mengagihkan dana yang diperolehi melalui PIBG sekolah untuk diberikan bantuan makan kepada murid-murid yang memerlukan
Urusetia
Task Force Urban Poor
Edu Amal
Edu Rider
Sukarelawan
PERASA


10.0    PENUTUP

Melalui projek pemberian makanan ini, konsep sekolah penyayang diterapkan agar penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaaan diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah. Dengan adanya program ini diharapkan ia dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa. Masalah murid lesu kerana tidak makan juga dapat dikurangkan dan hadirnya murid ke sekolah dengan perasaan gembira dan dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.









PROFIL DIRI MURID
Nama Sekolah :


LATAR BELAKANG  MURID
Nama Murid :


No.Kad Pengenalan :


Umur:


Tingkatan :


Aliran :
Alamat:

No.Telefon:


Jenis Kediaman :



Bilangan Adik beradik

Anak ke:
Nama  Bapa:


Pekerjaan:
Nama  Ibu:


Pekerjaan:
Bilangan Penghuni Rumah :


Pencapaian Akademik Terkini:
BAHASA MELAYU:
BAHASA INGGERIS:
MATEMATIK:
SAINS:
SEJARAH:
PENDIDIKAN ISLAM:
KEMAHIRAN HIDUP:
GEOGRAFI:

Penglibatan Ko-Kurikulum:



Sukan:





Kelab/Persatuan:








 

Telegram Channel