21 June 2014

Rantau Panjang- Kota Bharu-Wakaf Che Yeh

Pampered yourself
Calm and rilex

Sesuai dengan statement di atas. Ingin bersantai dan tak lari ke sana ke mari sama ada urusan kerja atau bercuti. Maka kat sini priority utama untuk makan dan makan dan rilex jika tiada lawatan ke sekolah. Shoppping is not my main priority. Sampai je di Rantau Panjang selepas lawatan di Pasir Mas, Kami singgah di Masjid Beijing. Memang cantik senibina di sini. Kami diperkenalkan dengan makanan Kelantan iaitu aiskrim Baba. Campuran pelbagai bahan macam ABC pulak saya tengok. Bila penat dan cuaca panas...memang sedap!

Sampai je di Rantau Panjang, kami pun bergerak dari kedai ke kedai untuk melihat panorama Rantau Panjang yang happening. Berjalan 30 minit dah tak tau nak buat apa..masuk la cafe ni sebab cafe ni je yang ada aircond kat sini yang saya nampak huhuhuhu. Lepak dalam kafe ni saja hampir sejam then keluar balik barulah cuci mata dan grab apa yang patut. Sampai kat bas, kena delay pulak sebab bas rosak. 

Petang baru kami bergerak ke Wakaf Che Yeh. Sampai je sana, saya dan Fiqah bercadang untuk ke bandar Kota Bharu untuk ke spa. Kaki saya terasa sakit balik sebab pergerakan terlalu aktif selepas terseliuh 3 minggu dulu dan menjejaskan untuk berjalan dengan kadar yang cepat. Kami menikmati pemandangan malam di bandar Kota Bharu yang tak berapa happening macam Wakaf Che Yeh...dan line internet Maxis macam takda. Tak boleh nak main insta...google atau blog sepanjang tunggu turn di spa tu. 

Ambil pakej mengurut kaki dan facial...wah...dah lama lama sangat tak pampered diri ke spa hampir 7 bulan rasanya. Hampir pukul 12 tengah malam juga barulah kami keluar ke Wakaf Che Yeh. Oleh sebab pengusaha spa ni anak kepada guru sekolah kami, maka dia menawarkan diri untuk menghantar kami semula ke hotel. Sampai di Wakaf Che Yeh, kami tak terus balik ke hotel tapi merayap ke dari gerai ke gerai hingga berhenti di kedai makan sebab terliur nak makan mee celup Kelantan. Rombongan kami merata yang kami jumpa di wakaf Che Yeh ingatkan masing masing dah tidur dalam bilik. Tetiba hujan pun pulak kena jugalah berundur diri..maklumlah makan di meja yang berbumbungkan awan dan berlantaikan jalan raya memanglah kena berundur cepat cepat.


Petits gateaux passion fruit, blueberry macaron dan mille crepes vanilla- Maraschino Cafe, Rantau Panjang.


Spa Cerita Chinta di Kota Bharu
Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
Nasi ayam di Kota Bharu
Aiskrim Baba di Masjid Beijing
Mee celup Wakaf Che Yeh
 

Telegram Channel