9 June 2014

Cheras-KLIA2-Yogyakarta

Ya Allah
Selamatkanlah perjalananku
Pergi dan balik

Hectic week. Dari kampung rushing ke Kajang. Tak sangka jem teruk dari pukul 8.30 malam dr kpg sampai ke Kajang pukul 3.15 pagi. 7 jam itupun jimat masa sbb wave tunjuk lalu jln kpg untuk elak sesak teruk di highway. Sampai rumah je berkemas dan terus rushing keluar pukul 8.30 pagi untuk ke Terminal Bas Bdr Tasik Selatan untuk menaiki bas ke KLIA 2. Singgah jap di mesin ATM alamak kad debit Maybank lak tertinggal. Orait menarik menarik!! Lari ke rumah adik dan pinjam duit untuk tukar ke rupiah.
Well ke Bandar Tasik Selatan untuk menaiki bas ke KLIA2. First time jejak BTS area perhentian bas ni. Meriah gak dgn org yg berniaga. Beli tiket di kaunter bas dengan harga rm9 dan naik bas di terminal bas bhgn bawah. Ada guard yg akan menahan untuk melihat tiket tersebut terlebih dahulu sebelum benarkan anda ke terminal bas. Naik bas je free seating. Kononnya kat tiket ada nombor seat bas tapi bila naik bas..takda pun nombor seat bas tu. 45 minit perjalanan sampai jugak di KLIA2 yang luas. Berjalan kaki ke hulu hilir maklumlah tak familiar langsung. Fasiliti hebat mcm KLIA. 


Flight ke Yogya 2 jam 30 minit jugak. Sampai di sana pukul 4.45 waktu tempatan di Bandara Internasional Adisut Jipto. Sampai je kena isi visa on arrival. Then terus lalu kat imegresen untuk exit keluar. Kecil betul airportnya. Driver taxi dah start panggil panggil kami tolak dengan baik sebab nak rasa naik bas.
Jom cari bas. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Jalan kaki ke stesen bas yang berupa rumah kabin kecil. Maknanya tak kena panas dan hujan. Kami beli tiket kat kerani tiket dan perlu memasukkan tiket itu di palang masuk kabin tunggu bas tu dan paling kelakar bila kami meraba raba lubang di pengadang palang itu untuk ambik balik tiket tersebut. Nak buat stail KL kan biasa bila kita masukkan token kita just swipe bila sampai ke perhentian seterusnya baru token tu ditelan. Kerani tu heran tengok kami meraba raba dan menegur kami tiketnya udah ditelan huhuhu. Bayangkan kamu perlu membeli tiket dan dapat je tiket terus masukkan disebelah kerani tu je utk masuk di palang masuk.

Naik bas yg agak selesa juga dan menikmati pemandangan malam. Malam disini awal baru pukul 5.30 petang waktu tempatan dah masuk maghrib. Sampai je di jalan Malioboro kami turun. Tiket hanya 3 rupiah atau RM 1 sahaja untuk sejam perjalanan. Berjalan kaki mencari hotel 1001 malam yang kami dah tempah di booking.com. yang terletak di Sosrowijayan Wetan GT1/57. Jalan ni begitu famous dan melaut orang macam Petaling Street tu. Bayangkan berjalan dengan beg besar meredah orang sana sini dengan kaki yg terseliuh tu tak sembuh sepenuhnya memang perghhhh.

Wow first impression hotel ini bagus sekali. Dengan bayaran 2 juta 128 000 rupiah untuk bilik berdua bagi dua unit untuk dua malam mmg tempat yg bagus untuk merilekskan diri dan yg suka duduk lama lama dalam bilik. Tapi kalau sekadar utk tidur malam sahaja memang banyak sangat hotel/ inn/ asrama kat sini. Jalan Malioboro ni memang pusat bandar. Dgn mall yg berdiri megah, kedai makan yg banyak, pengayuh beca pun ramai. Letak beg sahaja kat hotel kami pun terus keluar ke jalan tersebut dan makan malam di Lesehan Perjuangan Hidup. Lesehan bermaksud kedai makan yg kena bersila tu. Hari pertama saya mengenakan pecal lele iaitu menu nasi putih dan ikan sembilang tu. Kawan saya pesan nasi gudek iaitu nasi dengan lauk isi nangka yg dimasak seperti rendang dan nampak mcm daging. Baru 20 000 rupiah tapi lagi banyak lauknya lagi naiklah harga. 

Then kami berjalan ke mall. Sempat beli belah kat tingkat bawah untuk ole ole. Pukul 9.30 malam waktu tempatan mall tutup kami pun berjalan ke kaki lima kedai untuk mencuci mata. Wow memang harga menarik kerana masing masing menjual brg yg lebih kurang sama maka harga yg benar benar menarik je menarik hati untuk dibeli.
 

Telegram Channel