5 July 2014

Ceramah Pergigian

Salam Jumaat yang penuh berkat

Hari ni ialah ceramah pergigian dari Klinik Bandar Tun Razak Cheras, KL sebagai salah satu dari aktiviti tahunan yang diwajibkan untuk program kesihatan di bawah projek 3K so kenalah jenguk apa yang patut. Slaid pergigian doktor ni memang menarik dan yang menyampaikan pula ialah doktor perempuan Cina yang cantik maka menariklah perhatian pelajar Cina juga untuk mendengar ceramah yang disampaikan. Kuiz yang disampaikan mendapat sambutan kerana hadiah spontan yang diberikan.

Alang-alang semua tingkatan 4 hadir ada di dewan, maka saya sambung ceramah ni yang dah selesai hanya 40 minit sahaja dari doktor gigi . Saya sambung slot Minda Sinda untuk pengisian 30 minit lagi dengan saringan kedua Minda Sihat dengan pelajar memberi respon kepada Ujian DASS.











 

Telegram Channel