3 July 2014

Mentor Mantee Permata

Salam Ramadhan ke 4
Semoga diberi kekuatan menegakkan segala perintahMu
Semoga diberi kekuatan menunaikan syukur kepadaMu


Pagi seawal selepas perhimpunan saya mengumpulkan semua pelajar Program Mentor Mantee Permata
di bilik kaunseling dan memberikan taklimat program kepada pelajar. 

Strategi segera saya ialah menyusun jadual kelas program mentor mantee Permata seawal minggu hadapan. Jadual terkini ialah 
 Minggu 1 dan 3 selepas tamat sekolah:
Isnin : Fizik/ Sains,  Selasa: Bio/ Eko,    Rabu: Akaun/Sej,  Khamis: Kimia/ Perd   Jumaat: Add Math
Minggu 2 dan 4
Isnin : Bahasa Melayu    Selasa: Agama/ Moral   Rabu :Bahasa Inggeris    Jumaat :Matematik/ Bahasa Cina


Strategi kedua: 
Ganjaran segera. Seorang pelajar sahaja yang mendapat straight A untuk peperiksaan pertengahan tahun maka token cash RM20 diberikan kepada pelajar. Pelajar yang mendapat straight A untuk peperiksaan percubaan SPM akan menerima RM 50 setiap seorang.

Strategi ketiga:
Pelajar yang mendapat lebih 6A dalam peperiksaan percubaan SPM akan dibawa ke satu trip secara percuma.

Strategi keempat:
Penggunaan kad laporan yang lebih efisien. Guru kaunseling akan memantau kad laporan pergerakan mentor mantee sekali dalam dua minggu untuk melihat ulasan mentor dan ibu bapa.



 

Telegram Channel