27 August 2014

Home Therapy: Day 2

Oòo..Badan dah stress
13 jam di bilik seminar

Sambung kursus slot home terapi oleh En Azizulrahman dari seawal 8 malam hingga 12.30 tengah malam di bilik seminar. Slot yang memang ditunggu tunggu sebab saya pernah menghadiri kursus ini di peringkat PPW Bangsar Pudu dahulu. Memang best kerana ia mengajar mengenai keupayaan minda dan yakin kepada diri sendiri. Kuasa minda bawah sedar 90 peratus yang menentukan pemikiran dan perlakuan kita ke arah positif atau negatif. Bermula dengan aktiviti menyanyi, menari ia merupakan terapi yang all out membuatkan kami rasa sangat happy. Kemudian aktiviti seni melukis, masing masing diminta melukis wajah ibu dan tafsiran bagi setiap lukisan itu ditafsirkan. Aktiviti menarik untuk dibuat di dalam kelas bersama pelajar. Setelah itu kami diajar mengenai penampilan diri sebelum berakhir dengan  slot keyakinan diri yang merupakan kekuatan untuk diri sendiri.

Isu black hole antara topik yang menarik yang dihasilkan oleh nafsu.. Semakin banyak black hole semakin hitam hati. semakin banyak perkara negatif dilakukan semakin banyak black hole. Black hole akan bertambah besar. Oleh itu unconcious mental dipenuhi nafsu dan menjadi gelap.

Terdapat 7 pusat tenaga aura iaitu terbahagi kepada spiritual unconcious iaitu ubun-ubun, third eye iaitu di tengah mata dibahagian dahi, halkum tenaga penyelesaian dan hati pintu masuk ke alam spiritual.

Mental / subconcious terdiri 2 pusat tenaga aura iaitu dari pusat dan kawasan peranakan manakala physical concious dari tenaga aura khulbi yang dikenali base of spirit.



Bergambar kenangan selepas program
Slot ini yang paling audien tunggu..keupayaan minda.
 

Telegram Channel