19 August 2014

Kaunseling Kelompok PRS

To specialist ..again and again..
Another tough week to struggle

Apa itu kaunseling kelompok PRS? Kaunseling kelompok dijalankan kpd ahli PRS agar mereka mengetahui mengenai kemahiran menolong. Saya mengadakan perjumpaan selama sejam sebanyak dua kali sebulan kepada setiap kumpulan kelompok bermula pada bulan Ogos. Objektif perjumpaan untuk memberikan kemahiran kepada  ahli PRS agar dapat berfungsi sebagai ahli PRS berdasarkan modul PRS. Tahun ini hanya kelompok PRS Ting 4 dan Ting 2 sahaja terlibat. PRS kelas peperiksaan Ting 3 dan 5 tidak terlibat. Bagi setiap tingkatan ada hampir 5 ke 6 kelompok dengan bilangan ahli dari 4 hingga 7 orang. Ahli kelompok memilih hari dan masa yang sesuai untuk semua ahli barulah sesi dijalankan. Bagi aktiviti hari ini, dijalankan penerokaan kendiri. Bagi kelompok ting 4 aktiviti dijalankan dan diketuai oleh guru kaunseling dan diselangseli oleh ahli kelompok yg dilantik sbg co pilot. Dengan adanya aktiviti ini dapat melatih mereka dengan kemahiran baru sambil membimbing mereka mengendalikan sesi kelompok. Dengan ini hubungan saya lebih rapat dengan ahli PRS kerana mengetahui dengan lebih rapat latar belakang diri masing masing.
 

Telegram Channel