7 August 2014

Mesy JK Guru Kaunseling Pudu 7/14

Selepas 21 tahun 

Hari ni meeting di KDU, Petaling Jaya. Nama yg mengingatkan saya pada satu acara 21 tahun lalu. Pada mesyuarat kali ini kami mendapat tajaan penuh dari segi pengangkutan, makanan dan tempat mesyuarat yang sangat selesa. Terima kasih KDU.


Hari ni mesyuarat mengenai agenda berikut
Amanat Ppw
Amanat KU Unit HEM JPWPKL

Isu guru mengajar : Ada satu sekolah yang masih lagi memberikan masa mata pelajaran kepada guru kaunseling.

Isu bilik kaunseling: Ada 3 buah sekolah yang tidak kondusif kerana rosak dilanda ribut, satu lagi kerana bertukar dari bilik kaunseling di blok yang sunyi kepada bilik pibg yang kecil dan satu lagi bilik sesi kaunseling diambil pengetua untuk dijadikan bilik khas pengetua.

Hari Keluarga  AJK Pudu: Akan diadakan 23 dan 24 Sept di Glory Beach Resort.

Kursus PRS Subzon: Hanya satu subzon sahaja yang baru buat manakala tiga subzon lagi belum melaksanakan.

Program Lawatan ke Sekolah Jalinan Kasih
Aktiviti lawatan di Sekolah Jalinan Kasih. Pembentangan oleh penyelaras aktiviti yang akan dijalankan. Cenderamata dialu alukan berupa buku.buku.

Projek Kajian Tindakan
Akan diadakan in house training kepada semua kaunselor Zon Pudu atau wakil dari setiap sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan. 

Lawatan Sekitar KDU
Luas.menarik..cantik dan fasiliti yang agak pelbagai dan moden. Saya sangat suka dengan design pusat sumbernya yang santai dan kondusif. 







 

Telegram Channel