12 August 2014

Pemantauan PK 08 spsk



 
Di Wilayah Pudu ni sistem fail menggunakan Spsk. Tahun ini merupakan tahun kedua perlaksanaan format baru ini menyebabkan ia dilaksanakan secara berperingkat -peringkat. Pada tahun ini sistem fail UBK dikemaskini sepenuhnya mengikut format spsk. Memandangkan kami mempunyai banyak fail dan perlaksanaan sistem fail tidak sama dengan panatia, maka penyelaras spsk sekolah mencadangkan saya mengikut format yang diberikan dan merujuk kepada sekolah lain. Dua sekolah yang dirujuk mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut penyelaras spsk sekolah masing masing dan pemantau yang memantau fail mereka. Ini kerana walaupun garis panduan isi kandungan telah diberikan tetapi cara ia dipersembahkan mengikut sekolah pula. 

Tahun ini pertama kali fail kaunseling dipantau untuk spsk. Tahun lepas hanya fail psikometrik sahaja yg dibawa ke bilik mesyuarat. Tahun ni PK 08 iaitu fail kaunseling pula yang dipantau. Hasil pemantauan, Alhamdulillah semua okey mengikut skema penilaian pemantauan. Fail kaunseling inilah yg dipulun- pulun semasa cuti sekolah pertengahan tahun hari tu..memang menyusahkan pada mulanya  tetapi hasilnya sangat berbaloi.
 

Telegram Channel