23 August 2014

Speed up

Karnival Permainan 2
Perdana!! Perdana !! 


Hasil dari penilaian skpm yang rendah bahagian kemenjadian murid pada tahun 2013 yang lalu, sekolah perlu melakukan strategi untuk menaikkan skpm bahagian kemenjadian murid pada tahun 2014 melalui program program yang dapat membantu menaikkan skor tersebut hasil dari strategi kurikulum, kokurikulum dan HEM. Program ini dikenali sebagai speed up yang perlu dibentangkan oleh pentadbir pada minggu hadapan sewaktu saya berkursus di Melaka. Di bawah ini ialah program yang dijalankan oleh UBK untuk program sahsiah pelajar.



DATA 2014
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
200
247
168
131
89
39
80


MASALAH LEWAT
Program - program yang telah dijalankan
       Operasi Lewat- Kepungan Pelajar Lewat
Aktiviti :
1)    Guru disiplin akan bertugas di pintu pagar pada pukul 7.30 hingga 8.00 pagi
2)    Pelajar yang hadir selepas 7.35 pagi akan dikumpulkan di dalam dewan oleh guru disiplin
3)    Nama akan dicatitkan oleh pengawas bertugas dan pelajar akan menjalani sesi kaunseling kelompok bersama guru kaunseling
4)    Pelajar yang datang lewat lebih dari tiga kali sebulan akan mendapat   surat amaran 1, tiga kali sebulan berikutnya mendapat surat amaran 2, tiga kali sebulan berikutnya surat amaran 3. Lewat tiga hari lagi akan digantung persekolahan berdasarkan bilangan hari yang dipersetujui oleh pengetua. Setakat ini pelajar hanya menerima surat amaran kedua.
5)    Pelajar perlu mendapatkan borang lewat masuk kelas dari pentadbir sebelum dibenarkan masuk ke kelas bagi mengesan pelajar lewat

            Operasi ini tercapai tetapi perlu ditambahbaik dalam aspek tindakan disiplin iaitu           
            pengeluaran surat amaran sebaik sahaja genap tempoh lewat yang dipersetujui.





MASALAH PONTENG SEKOLAH

DATA 2013
                      479 pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah bagi sesi 2013

DATA 2014  
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
17
92
73
70
64
20
42
Bilangan pelajar dari Januari hingga Julai 2014


MASALAH DISIPLIN PELAJAR
2013   : 152 pelajar
2014   : 87 pelajar

      Program Yang Telah Dijalankan 
         Ceramah Oleh Inspektor Polis:
Tarikh : 10 Januari 2014
Aktiviti : Ceramah dari Inspektor Polis mengenai masalah disiplin dan ponteng   
             pelajar

      Program Anda Bijak
Tarikh : 26 Februari 2014
Aktiviti : Ceramah dan bengkel mengenai salah laku  disiplin
  
         Bengkel Tak Nak Merokok
Tarikh  : 14 Mac 2014
Aktiviti : Ceramah dan bengkel mengenai bahaya merokok kepada pelajar yang terlibat dengan salah laku merokok

     Ceramah Disiplin
Tarikh : 7 April 2014
Aktiviti : Menyampaikan ceramah disiplin dan salah laku pelajar.
  
         Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah
Tarikh : 9 April 2014
Aktiviti : Pameran mengenai bahaya dadah kepada kesihatan untuk pelajar.
  
         Ceramah dari Penjara
Tarikh : Jun 2014
Aktiviti : Bekas warden penjara berkongsi pengalaman mengenai keadaan di
              penjara
 

Telegram Channel