1 August 2014

Kursus Asas Selam Skuba: Pulau Redang

Selamat datang Ogos
Selamat datang rutin hidup baru

Mari singkap trip ke Pulau Redang yang diadakan pada 31 mei hingga 3 jun 2013 untuk PRS Tingkatan 5 dan 4. Kami buat eksplorasi kerjaya jurulatih skuba juga untuk karnival kaunseling kerjaya peringkat Zon Pudu. Kebetulan tengah nak buat esei pelancongan pulau so scroll balik gambar lama. Saya dah upload gambar dan cerita mengenai trip ni pada entri blog sebelum ni. Cuma teringat balik bila scroll gambar skuba ni. Sayangnya di Pulau Redang ni pada masa ni, batuk dan selsema so susah sikit nak ambil nafas terkilan je la tengok orang lain berskuba. Aktiviti pengenalan asas skuba adalah aktiviti yang agak mahal pakejnya, memandangkan kami menggunakan khidmat jurulatih pusat kokurikulum, maka aktiviti ini dapat dijalankan secara percuma dengan menggunakan khidmat dan peralatan dari pusat kokurikulum. Seronok tengok pelajar merasa pengalaman baru menyelam.

 

Telegram Channel