17 September 2014

Integriti Pengawas Peperiksaan Awam

Travel to Kluang, Johor


Isu kertas soalan UPSR yg bocor memang heboh diperkatakan seluruh Malaysia. Sebagai ketua pengawas SPM sebanyak tiga kali dan pengawas SPM sebanyak sekali, saya percaya integriti memang merupakan satu perkara yg sangat memainkan peranan penting di sini kerana ia merupakan rahsia sulit dan setiap guru yg bertanggungjawab dalam peperiksaan SPM diwajibkan untuk menandatangani borang merah yang mematuhi arahan akta rahsia rasmi tersebut yg bukan sahaja sekadar ditandatangan tetapi perlu difahami dan di patuhi syarat sebagai pengendali kertas peperiksaan awam. Saya nak berkongsi pengalaman bagaimana mengendalikan kertas peperiksaan awam kerana hampir setiap hari saya perlu menjelaskan kepada ramai yg bertanya bagaimana agaknya soalan itu boleh terbocor.

Prosedur pengedaran kertas peperiksaan awam sangat ditekankan dan ketua pengawas perlu menduduki kursus pengendali peperiksaan awam agar mematuhi setiap prosedur yg ditetapkan. 

Penghantaran kertas peperiksaan ke pusat bermula dengan lori yg mengangkut kertas diiringi oleh polis ke bilik kebal.RO iaitu penyelia kawasan akan mengenalpasti kotak kotak dibawah pusat peperiksaannya cukup dan dalam keadaan baik. Setiap ketua pengawas pusat peperiksaan mempunyai jadual untuk membuka kotak tersebut. Ketua pengawas akan terlibat dengan OBK iaitu operasi buka kotak bagi setiap pusat peperiksaan masing masing bersama RO iaitu penyelia kawasan yg terlibat. Kotak kotak yg diserahkan juga berplastik dan cara membuka kotak kotak yg mengandungi kertas peperiksaan itu juga mempunyai cara yg tersendiri untuk mengesan tiada unsur kebocoran berlaku.  

Ketua pengawas akan memastikan bil naskah kertas peperiksaan cukup untuk pusat peperiksaan masing masing. Semua kertas peperiksaan itu juga terletak dalam plastik yg ber seal dan soalan tidak dapat dilihat langsung. Ketua pengawas hanya dapat mengira bil naskah melalui kod mata pelajaran di tulang kertas peperiksaan berdasarkan tingkap yg lutsinar di tulang kertas tersebut. 
Sewaktu OBK dijalankan, kecenderungan untuk kertas soalan bocor adalah sifar. Kerana melibatkan RO lain dan ketua pengawas pusat yg lain bersama sama di bilik kebal. Ketika ini juga jika plastik dan kotak yg diperiksa oleh ketua pengawas mempunyai kecacatan akan direkodkan. Biasanya sifar kebocoran juga kerana automatik kita boleh tau siapa yg merosakkan kotak itu iaitu RO yg menerima setiap bungkusan kotak terlebih dahulu jika kecacatan tidak direkodkan. Oleh itu RO sangat berhati hati dan cekap yg terdiri dari pengetua dan kini terdiri dari Penolong Kanan atau guru senior sekolah yg akan merekodkan kecacatan kotak pada ketika hari penerimaan kotak jika berlaku apa apa. Jika tiada, sepatutnya ketua pengawas menerima kotak yg tidak terbocor iaitu disalut kemas dengan plastik. Cara membuka kotak jika perlu cermat, jika ketua pengawas membuka kotak itu dan terpotong plastik kertas soalan juga perlu direkodkan tetapi itu pun tidak sampai nampak soalan peperiksaan kerana tidak membukanya dan disaksikan oleh RO. 

Seterusnya jadual peperiksaan berjalan, ketua pengawas akan ke bilik kebal setiap kali mengikut jadual peperiksaan untuk mengambil kertas peperiksaan. Kertas peperiksaan sesi petang  juga akan diambil sama ada untuk disimpan di bilik pengetua atau dijaga oleh ketua pengawas di almari berkunci di bilik ketua pengawas. Setiap bungkusan itu disimpan di dalam karung keselamatan.yg hanya boleh dibuka ketika peperiksaan hampir bermula. Bungkusan itu juga di seal dan 2 org saksi dari kalangan pelajar, dua org pengawas peperiksaan akan menandatangani di hadapan plastik bungkusan tersebut untuk mengesahkan bungkusan tidak dicerobohi dan barulah bungkusan naskah soalan akan dipotong dihadapan pelajar dan diedarkan oleh pengawas peperiksaan kepada semua pelajar. Oleh itu peluang untuk soalan itu bocor beberapa hari sebelum kertas peperiksaan itu diadakan adalah sukar kerana byk pihak yg terlibat bagi memastikan operasi kertas soalan diedarkan mengikut standard yg ditetapkan. 

Walaubagaimanapun apabila isu kertas soalan ini bocor bermula di sekolah pedalaman ia sesuatu yg mengejutkan kerana memang kertas soalan di pedalaman akan digerakkan ke sekolah sebelum hari peperiksaan memandangkan bilik kebal yg agak jauh. Potensi kebocoran berlaku juga sepatutnya sukar jika semua pihak menjaga integriti dari ketua bilik kebal yg mempunyai akses kepada bilik kebal dan guru guru yg bertanggungjawab terhadap pengawasan peperiksaan. Bagaimanapun saya berharap agar pihak berkuasa membuat siasatan yg telus dan sebagai seorang guru, isu kritikan terhadap guru memang membuatkan kami para guru terasa hati. Ibarat seorang yg buat semua guru dipersalahkan. Walhal siasatan masih dijalankan. Andaikata benar salah dari seorang guru, biarlah pihak berkuasa menghukumnya kerana kesalahannya yang kita sendiri tidak pasti atas dasar apa kertas soalan itu dibocorkan. Namun apabila whatsapp demi whatsapp disebarkan mengenai soalan UPSR yg bocor sehari sebelum peperiksaan mmg mudah untuk pihak yg bertanggungjawab mengesan dari mana bermulanya kebocoran berlaku dan kuasa media sosial whatsapp mmg sgt berkuasa sekali tekan shj dlm group 50 org boleh dishare ke seluruh negara. Harus diingatkan taklimat yg sy hadir mengenai forensik cyber dimana mereka dapat mengesan org yg pertama sekali menghantar mesej walau telah di delete sekali pun. 




 

Telegram Channel