17 October 2014

Lawatan Toyota Higashi High School Jepun

Welcome
Toyota Higashi High School, Jepun

Bagi program ini saya dan Padali ditugaskan sebagai AJK Dokumentasi, jawatan tambahan saya selaku AJK Projek Perkahwinan dan Padali membantu untuk AJK Multimedia. Tahun ni tahun yang ke 10 kedatangan warga pelajar dan guru dari Toyota Higashi High School Jepun dan mereka masih berminat untuk meneruskan lawatan ke sekolah kami pada tahun hadapan.
Biasanya sambutan di pihak sekolah adalah meriah. Hampir semua pelajar ting 4 terlibat dengan projek ini dari menjadi pelajar pengiring, AJK Makanan, AJK Permainan dsb kerana ting 5 masih meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa manakala pelajar ting 3 baru sahaja menamatkan peperiksaan PT3 mereka semalam dan yg hadir ke sekolah hanya pelajar yg mengambil Bahasa Arab dan Bahasa Cina.
Antara set baru yg kami buat pada tahun ini ialah set pelamin pengantin melayu dengan tarian joget lambak di hadapan pentas. Warga Jepun pula mengajar kaligrafi kepada pelajar.
Pertukaran budaya dalam tarian dan muzik.
Antara tempat menarik lagi ialah surau di mana pelajar Jepun dibenarkan memakai telekung, mendengar bacaan Al Quran, ke bilik seni dengan aktiviti seni, ke bilik masakan dengan aktiviti masakan, ke bilik Seni Reka Tanda dengan aktiviti seni reka tanda, kedataran perhimpunan untuk aktiviti tarian. Ke tempat tempat permainan dalaman seperti bermain congkak dan batu seremban dan aktiviti permainan luar seperti badminton.
 

Telegram Channel