28 November 2014

LCCI Talk : A Platform Of Employment In Malaysia di Institut Profesional Baitulmal

If it makes you happy, do it!
If it doesn't, then don't !
SIMPLE

Program cuti sekolah dan guru kaunseling dikehendaki menghadiri taklimat ini di Institut Profesional Baitulmal. Surat yang diterima dari IPB dan satu lagi sebelum cuti, jemputan dari Yayasan Pendidikan Cheras sendiri untuk menjemput guru kaunseling dari sekolah sekolah angkat YPC untuk menghadiri taklimat ini. Sepanjang menjadi guru kaunseling inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Institut Profesional Baitulmal walau saban tahun pelajar saya ramai juga terpilih ke institusi ini untuk menyambung pelajaran.

Taklimat disampaikan sendiri oleh wakil dari Pearson yang bersoal jawab dengan peserta taklimat ini mengenai pasaran kerja, silibus kursus, buku buku rujukan, soalan -soalan past year yang boleh dirujuk.

Taklimat kali ini saya tertarik dengan penawaran kursus London Chamber Of Commerce & Industry International Qualifications  (LCCIQ) dan Certified Accounting Technician (CAT) yang hanya mengambil masa satu tahun setengah sahaja dan syarat kelayakan yang minimum ialah lulus SPM dan lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi sekurang-kurangnya dua kepujian dalam SPM. manakala CAT hanya lulus SPM sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi lulus Bahasa Melayu dengan kemudahan pembiayaan biasiswa Baitulmal/ MAIWP/ Dermasiswa Baitulmal Negeri. IPB ini juga menawarkan tempat untuk pelajar yang bukan bumiputera tetapi dengan pembiayaan sendiri. Menarik kan untuk student saya kerana kelulusan lebih rendah dari kemasukan diploma universiti awam dan difahamkan walaupun hanya setahun setengah tetapi kelulusan ini lebih diiktiraf dipasaran kerja dan gaji yang diperolehi juga lebih tinggi sedikit berbanding graduan diploma perakaunan. Ini kerana kemasukan ke diploma yang dianjurkan oleh universiti di Malaysia perlu mempunyai syarat kelayakan minimum 5 kredit dalam SPM dan mata pelajaran Bahasa Melayu wajib memperolehi kredit.




 

Telegram Channel