22 November 2014

Majlis Persaraan Dan Majlis Penutup Akhir Tahun 2014

What screws us up most in life
Is the picture in our head of
How it's supposed to be

Hari yg sangat menduga kakiku.Program hari ini sebenarnya saya hanyalah pengurus kepada sub program penyampaian hadiah bagi pelajar ting 3 sahaja. Tetapi apabila sedikit demi sedikit dari Isnin lepas ada sahaja program yang ingin juga dijalankan pada hari ini bermula dengan penyampaian hadiah selepas peperiksaan sesi petang, Majlis Penutup Program Dakwah oleh panitia Agama Islam, majlis persaraan En Cheah guru sesi petang dan tetiba PK HEM minta dimasukkan juga ke majlis persaraan ketua kerani iaitu En Hazairin. Well saya dah tak mampu untuk buat dengan team UBK je. Slot yang sepatutnya kecil sahaja terus jadi event yang besar dan dilantik secara tak rasmi sebagai pengurus projek untuk slot hari ini. Berderet setiap hari dalam minggu ini saya mengejar ketua ketua subprogram untuk memastikan program berjalan lancar mengikut aturcara. 

En Cheah terkenal di sekolah sebagai guru yang suka menghiburkan. dan sinonim dengan belon. Hampir semua guru diberikan belon pada masa masa tertentu dengan bentuk tertentu yang dipelajarinya. Sewaktu majlis penutup ini, En Cheah menghadiahkan  belon berupa sejambak bunga tulip kepada puan pengetua. Hadiah disampaikan oleh puan pengetua hasil kutipan sumbangan dari guru dan pelajar sesi petang.
Selain itu hadiah persaraan kepada Encik Hazairin juga diserahkan dan kepada guru guru yang dapat berpindah. Sesi persembahan khas untuk yang bersara diteruskan oleh guru dan para pelajar.

Majlis penyampaian hadiah diteruskan kepada semua pemenang program selepas peperiksaan dan persembahan oleh guru dan pelajar untuk program Penutup Dakwah dan Kem Membaca 1Malaysia. Tamat sahaja program, semua yang hadir hari ni ke sekolah menikmati jamuan secara percuma di kantin.

 Tertarik dengan ketua jamuan mempunyai idea yang sangat bernas. Memandangkan hari akhir persekolahan jamuan projek guru penyayang akan diadakan sebaik sahaja habis aturcara di dataran perhimpunan maka AJK Jamuan mempelbagaikan menu makanan dan menjalankan jamuan secara berpusat di kantin dengan membuka kaunter kaunter makanan yang ditetapkan iaitu nasi briani, sate, nugget ayam, spageti, buah buahan dan air secara percuma tanpa perlu membuat kutipan duit dari pelajar. Meja untuk yang diraikan diletakkan di kantin untuk menikmati jamuan dan semua orang bebas menikmati makanan di kantin dalam suasana yang sungguh muhibbah.




En Cheah sedang berucap
Majlis Penyampaian Hadiah Program Pelajar Ting 3
Jamuan makan  RIMUP 1Malaysia
Bersantai makan di Astaka sekolah
 

Telegram Channel