5 November 2014

Seminar Lembaga Kaunselor : SOAP Note

                                                  
Mood further PHD up and up
When surrounded by academician


Topik menarik mengenai Isu Dalam Penyediaan Laporan Kaunseling Dan Dokumen Perundangan:
Panel 1: Prof Madya Dr Ruhani Mat Min
Moderator: Prof Madya Dr Salleh Bin Amat

S - Subjective
O - Objective
A- Assesment
P - Plan

Subjektif 
Apa yang disampaikan oleh klien. Bagaimana pengalaman klien mengikut perspektifnya
Perasaan klien, kebimbangan, perancangan, matlamat pemikiran, tahap isu yang dihadapi, kesan terhadap perhubungan bersama orang lain. Komen yang releven daripada ahli keluarga, majikan dll. Orientasi klien terhadap masa, tempat dan orang. Perubahan yang dinyatakan mengenai kauseling.

Objektif
Fakta. Apa yang kaunselor nampak. Boleh diukur, dapat dilihat, dikira dan didengar dan bahan bertulis daripada luar sesi kaunseling.
Penampilan fizikal klien, perasaan dan tingkah laku., kekuatan dan kelemahan yang ditunjukkan oleh klien, keputusan ujian personalti, laporan dari kaunselor lain

Penilaian
Rumusan berdasarkan pemikiran kritikal oleh kaunselor dan analisis dan sintesis terhadap maklumat subjektif dan objektif dengan memasukkan diagnosis klinikal dan andaian klinikal
(berdasarkan teori kaunseling, apa yang klien inginkan dan bagaimana kaunselor menganalisis keadaan yang dihadapi klien)

Perancangan
Huraikan rawatan yang dirancang dan melibatkan perancangan tindakan dan prognosis iaitu jangkaan hasil daripada rawatan berkenaan. Perkembangan rawatan dan masukkan juga tarikh sesi yang seterusnya dan prognosis jangkaan dari hasil rawatan.


# Sediakan laporan secepat mungkin dengan memulakan setiap laporan dengan masa, tarikh, masa dan tahun dan elakkan kesalahan ejaan bagi menggambarkan tahap kecekapan klien. masukkan juga nombor telefon dan alamat klien. Apa sahaja komunikasi dengan klien dicatat  sama ada perbualan telefon, email atau surat.


Maklumat personal SOAP boleh dikongsikan dalam keadaan berikut:
-Persetujuan bermaklum oleh klien
-Meminimumkan ancaman keselamatan dan kesihatan terhadap klien atau orang lain
-Membuat aduan terhadap keselamatan kanak kanak yang memerlukan perlindungan dari Akta Kanak Kanak
- Arahan mahkamah
- Membantu perlindungan kanak -kanak di bawah Youth Criminal Justice Act
- Bekerjasama dengan polis untuk penyiasatan melibatkan kepentingan kanak-kanak

Maklumat ksihatan klien  boleh dikongsikan dalam keadaan berikut:
-Persetujuan bermaklum oleh klien
-Meminimumkan ancaman keselamatan dan kesihatan terhadap klien atau orang lain
-Membuat aduan terhadap keselamatan kanak kanak yang memerlukan perlindungan dari Akta Kanak Kanak
- Arahan mahkamah
- Orang yang terlibat dengan penjagaan kesihatan susulan kepada klien

Maklumat SOAP yang perlu dikongsikan tetapi memerlukan rujukan sama ada perlu atau tidak dibongkarkan perlu merujuk kepada penyelia, konsultan atau lawyer dalam kes berikut:
- Tidak mendapat persetujuan bermaklum dari klien tetapi ada isu kesihatan dan keselamatan terhadap individu atau orang lain
- Untuk membuat aduan kepada pihak polis
- Permintaan untuk maklumat bagi prosiding mahkamah
- Apabila kod etika membataskan pendedahan yang perlu dibuat

Maklumat SOAP yang tidak boleh dikongsi langsung dan menyalahi etika:
- Perintah undang undang yang menghalang pendedahan
- Tiada persetujuan dan tiada apa yang perlu didedahkan kerana tiada ancaman keselamatan dan kesihatan
- Dengan persetujuan tetapi tiada yang perlu didedahkan kerana tiada ancaman keselamatan dan kesihatan




 

Telegram Channel