15 December 2014

Good bye..Turkiye ! Food Of Turkiye


Turkish Delight
TK 0060/15
Good bye Turkiye

Flight pada pukul 1.00 pagi dan perjalanan selama 10 jam apa lagi..melayan hobi baru update blog. Terasa nak update semua jenis makanan popular di sini.

Setiap hari breakfast dengan pelbagai jenis roti dan pelbagai jenis cheese yg beraneka bentuk. Hari pertama hingga kelima memang saya hantu cheese makan pelbagai jenis cheese. Hinggakan buah tomato segar pun diletakkan kepingan cheese di atasnya. Masuk hari enam dah muak dan hari hari terakhir tak ambik cheese langsung. Penangan mabuk cheese. Satu lagi ialah madu, jem madu dan madu yang memang asli siap dengan sarang lebah tu dipamerkan dan saya setiap hari mengambil madu dalam menu sarapan pagi sama ada dimasukkan dalam susu bijirin atau sebagai sos di atas sayuran salad atau dicicah begitu sahaja pada roti roti keras tu.

Mungkin sekarang ni ialah musim sejuk, pelbagai jenis sayuran dan buah buahan dibuat jeruk. Macammana pun jeruk bukan merupakan sesuatu yg boleh diterima oleh tekak saya jadi mengelak mengambilnya lebih baik. Jeruk ini boleh didapati seawal breakfast, makan tengah hari dan malam.

Sayur sayuran di sini sangat fresh kebanyakan dibakar atau dihidang begitu sahaja memberikan saya idea yg baik mempelbagaikan menu sihat sayuran untuk keluarga. Saya rasa hampir setiap hari saya akan memilih terung dan i really love the taste samaada terung dibakar semata mata atau terung dimasak bersama minyak zaitun. Jangan lupa minyak zaitun asli dimasukkan dlm menu pelbagai salad. Memang satu botol minyak zaitun asli Turki saya beli :) huhuhu siaplah satu minggu ni saya rasa saya memasak menu Turki sahaja di rumah. Sayuran berdaun hijaunya yg paling saya suka ialah sayur ala ala bayam.

Bercakap mengenai menu yg berat yeah ayam yang di stimkan dan dimasak seperti kurma ayam merupakan menu yang paling saya suka. Saya akan mengambil menu ni setiap kali menu ni dihidangkan di buffet.

Sup beraneka sup dari sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Sup yang paling saya suka ialah sup yang mempunyai rasa mint. Terlupa pulak nak ambik tau nama menu sup tu. Turki kaya dengan jus asli minuman. Jus air delima paling popular tapi masamnya perghhh...nasib nasibla dapat buah delima yang manis atau masam. Mereka tidak menggunakan mesin pengisar untuk memerah buah buahan tersebut tetapi setakat menggunakan mesin yang tidak menggunakan arus elektrik pun. hanya menggunakan tangan untuk menggerakkan mesin tersebut memerah buah.



Pasta, yogurt
Beef and rice, terung bakar, salad, jus epal
Kentang goreng dan sos cendawan beserta sos mayonis
Jus delima dan kebab roti pita. 
Sotong goreng tepung dan dicicah dengan sos macam yogurt
Cendawan bakar, sayur dibalut cheese, mint soup, 
Pelbagai jenis dan rupa cheese untuk sarapan pagi
Sayur bakar, cendawan, sosej, roti di dalamnya ada cheese, tomato bakar bersama cheese
Chicken ham, turkey ham, beef ham, strawberry yogurt, cheese 
Pelbagai jenis roti, salad, telur dadar
Ikan bakar with lemon sos
Sup 
ayam, salad dan nasi
Ayam panggang, kentang bakar dan tomato bakar, 
Terung bakar, ayam stim, buah zaitun dibalut kulit ikan, sayur ala bayam
Turkish tea dan Iskander Kebab
Roti sesame dijual di gerai tepi jalan dengan 1TL
Madu lebah beserta sarangnya


 

Telegram Channel