Rice pendant
The One Academy mengadakan seminar mengenai design and art concept nun jauh di Sunway Pyramid, Petaling Jaya yang redah jem ke sana. Pihak kolej menjemput guru kaunseling untuk menyertai seminar ini dan lokasinya di dalam TGV Sunway Pyramid...wah memang kolej ini memberikan yang terbaik kepada pelajarnya untuk menyuntik motivasi pelajar dan membuka mata kepada orang luar bahawa kursus yang dijalankan di The One Academy merupakan standard antarabangsa. Dengan tagline Master teach Master untuk menghasilkan graduan kelas dunia.

Taklimat
hampir 20 minit mengenai kejayaan kolej ini menghasilkan alumni yang
bertaraf dunia dan mendapat jawatan di pelbagai syarikat bertaraf dunia
dan juga kejayaan pelajar dalam pertandingan yang dijalankan dalam
negara.
Hari
ini personalia khas yang dijemput iaitu Eduardo Pena yang merupakan
pereka seni konsep untuk Hobbit 1, 2 dan 3. Peserta dapat melihat
sendiri secara langsung bagaimana personalia ini mereka seni konsep
menggunakan peralatan komputer untuk menghasilkan ilusi yang
mengagumkan. Di samping itu pelajar bersoal jawab mengenai bagaimana
minat boleh membawa personalia ini ke tahap sekarang. Satu usaha dari
pihak kolej yang sangat dipuji kerana berjaya membawa bukan
calang-calang orang untuk didekati oleh para pelajar merasai pengalaman
secara langsung dan berinteraksi secara langsung dengan orang yang
benar-benar pakar dalam tugasnya.