31 January 2015

Penulisan Dokumentasi format spsk

Penulisan Dokumentasi format spsk

Penghujung Januari
Menaip dokumentasi
Di tepi padang SJKCSC


Format penulisan dokumentasi format spsk Tarikh tandatangan dikehadapankan sewaktu nak dihantar nanti



1.0     PENGENALAN

Bengkel Kepimpinan Pengawas ini adalah satu pendekatan yang mana lebih menekankan pada modul kepimpinan pengawas yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab seorang pengawas. Pengawas merupakan satu badan di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid yang membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan perancangan yang lebih berstruktur dan startegik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. Oleh itu pihak sekolah memerlukan modal insan dalam kalangan pengawas sekolah yang  menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain di sekolah untuk membantu pengurusan sekolah terutama dari aspek sahsiah dan disiplin murid.

2.0     LATAR BELAKANG

            Bengkel ini dilaksanakan apabila timbul isu tentang keyakinan kepimpinan pengawas di sekolah dan kejelasan tentang tugas dan tanggungjawab seorang pengawas. Oleh itu melalui modul yang dirangka,para pengawas lebih memahami bidang tugas mereka. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyuntikkan semangat baru antara satu sama lain bagi mengubah sikap, sahsiah, penampilan diri dalam hal berkaitan dengan tugas seorang pengawas.


2.1     TARIKH PERLAKSANAAN

          Tarikh :24 Januari 2015
          Masa   : 8.00 pagi hingga 1.10 tengah hari
          Tempat : SMK Cheras



2.2     JAWATANKUASA PERLAKSANA
          Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat (PK HEM)
          Setiausaha         : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
         
          AJK Persiapan Tempat : Encik Mohd Noor Bin Mat Deris
AJK Makanan    : Puan Khairul Akhmar Bt Omar
AJK Pendaftaran: Cik Nor syakeela
                              Cik Nora Atiqah
AJK Dokumentasi: Puan Nurhaiza Bt Che Mat
Fasilitator           :  Puan Rozinani Awang
                             Puan Raudah Bt Abdul Rahman


2.3     OBJEKTIF KURSUS
1.     Menanamkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah, dan keluarga.
2.     Menanamkan sikap positif, meningkatkan keyakinan, kerjasama, bertoleransi, beramanah, bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.

2.4     KAEDAH PERLAKSANAAN

1.     Ceramah kepimpinan dan latihan
2.     Latihan dalam kumpulan






2.5     BAHAN /BAHAN ATAU PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Peruntukan



-         PIBG

RM

600.00





Perbelanjaan



-         Makan Minum Peserta

RM 10  X  60 orang
RM

600.00



3.0     AKTIVITI PROGRAM

07.30 AM
-
PENDAFTARAN / SARAPAN PAGI
Para peserta yang terdiri daripada 76 orang pengawas sekolah di sesi pagi dan petang membuat pendaftaran yang disediakan oleh pihak penganjur.

08.00 AM
-
CERAMAH 1
Ceramah yang pertama dikendalikan oleh PK HEM sekolah iaitu  Puan Sapura Amat tentang Tanggungjawab dan tugas pengawas sekolah dan harapan sekolah terhadap barisan kepinpinan pengawas sesi 2015 ini.

08.45 AM
-
CERAMAH 2
Ceramah kedua dikendalikan oleh Ketua Guru Disiplin Sekolah iaitu En. Mohd Noor Mat Deris.  Beliau menjelaskan tentang peraturan dan dasar disiplin sekolah tahun 2015 kepada semua pengawas. Ini kerana pengawas adalah pembantu guru-guru dalam menguatkuasa peratusan sekolah yang digariskan dalam dasar dan buku peraturan sekolah. Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua pengawas berhati-hati dengan tingkahlaku semasa bertugas dan peka dengan perlakuan murid yang melanggar peraturan sekolah.


09.30 AM
-
CERAMAH 3
Ceramah yang ketiga pula disampaikan oleh Guru Penasihat Badan Pengawas Sekolah iaitu, Puan Khairul Akhmar. Beliau menerangkan tentang Ketrampilan dan imej pengawas yang ideal. Ini kerana pakaian pengawas merupakan imej visual yang membolehkan murid lain nampak tentang perbezaan kekemasan pakaian  mereka. Secara tidak langsung pengawas akan merupakan model yang sangat rapat dengan murid lain.

10.30 AM
-
REHAT / MAKAN PAGI
Makan dan minum disediakan oleh pihak penganjur dengan bantuan dana dari PIBG sekolah. Penyediaan makan dan minum murid dan guru disediakan oleh pihak kantin sekolah.

11.00 AM

LDK / LATIHAN 1 – KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Slot ini dikendalikan secara LDK oleh kaunselor sekolah iaitu, Pn. Nurhaiza bt Che Mat bersama dua orang guru kaunseling pelatih. LDK ini dijalankan menggunakan modul kemahiran komunikasi yang disediakan oleh AJK Modul. Modul ini menerangkan dan melatih pengawas tentang komunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan murid lain. Ini kerana komunikasi yang berkesan akan menunjukkan keperibadian sesorang yang bercakap. Dalam modul ini, terdapat satu aktiviti yang dijalankan secara kumpulan iaitu Ceramah Spontan.

12.00 PM
-
LATIHAN MODUL PERHIMPUNAN DAN LDK 2 – KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
Slot terakhir dikendalikan dalam bentuk latihan dalam kelompok besar tentang modul perhimpunan sekolah. Slot ini dikendalikan oleh kaunselor sekolah iaitu Encik Che Mohamad Padali. Antara yang diajar dan dipraktikan tentang modul perhimpunan ialah Kawalan perhimpunan, Kaedah membuat sportcheck selepas perhimpunan dan Mengawal pintu pagar untuk pelajar lewat.

Selain itu, beliau juga membuat satu pembaharuan tentang perjalanan perhimpunan rasmi sekolah yang masa pengawas memainkan peranan sepenuhnya dalam mengendalikan majlis perhimpunan rasmi sekolah. Antara perbaharuan iaitu, barisan jawatankuasa tertinggi pengawas akan berbaris dihadapan pentas semasa nyanyian lagu negaraku, maju dan sejahtera, bacaan ikrar serta laungan slogan sekolah Feeling Great… CHERASIAN.

4.0     PENCAPAIAN PROGRAM
1. Pengawas sudah dapat mengenal pasti kedudukan mereka di tapak perhimpunan berdasarkan prosedur perhimpunan.

2. AJK Tertinggi pengawas sudah dapat mengenal pasti peranan masing-masing dalam memastikan tugas semua pengawas berjalan dengan baik.

3.Para pengawas sudah memahami peraturan sekolah dengan lebih jelas.

5.0     KEMAJUAN/ MASALAH PROGRAM
Penilaian dibuat berdasarkan instrumen penilaian keberkesanan program peringkat sekolah yang sedia ada. Tujuan penilaian dibuat bagi melihat keberkesanan dan kelemahan program yang dilaksanakan. Bilangan di bawah berdasarkan peratus peserta yang memberikan respon terhadap 1- sangat tidak memuaskan: 2-sangat memuaskan:  3 – memuaskan:  4 – baik:  5- sangat baik : 6 - cemerlang
BIL.

ASPEK
%
1
2
3
4
5
6
1.
Tempat program selesa dan amat bersesuaian dengan program.


5
42
53

2.
Tempoh masa program bersesuaian dengan pengisian program.



44
56

3.
Penginapan yang selesa dan bersesuaian dengan program.





/
4.
Makanan dan minuman yang disediakan menepati kehendak peserta.



5
95

5.
Jadual program menepati kehendak program dan banyak memberi pengetahuan.



3
97

6.
Pengurusan pihak penganjur amat teratur dan sistematik.


2
2
96

7.
Program ini sememangnya perlu diadakan untuk peningkatan kemahiran saya.



2
98

8.
Program ini berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya.



2
98

9.
Isi kandungan program bersesuaian dengan saya dan boleh diaplikasikan  dalam kehidupan seharian.


2
5
93

PENCERAMAH
10.
Penyampaian penceramah amat memberangsangkan.



2
98

11.
Penyampaian penceramah mudah difahami.



7
93

12.
Maklumbalas/interaksi penceramah semasa ceramah adalah tepat dan jelas.



8
92

13.
Penceramah bersifat bersedia, yakin dan terbuka.


2
3
95

14.
Penampilan penceramah adalah sesuai dan profesional.



2
98

15.
Penceramah menepati masa dan menggunakan masa secara optimum.


2
10
88




6.0     CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1.     Mengadakan program ini dua kali setahun.
2.     Mengadakan bengkel untuk pelantikan pengawas baru.
3.     Memanjangkan tempoh masa program sehingga 1 hari.
4.     Perbanyakkan pratikal dibuat dalam aktiviti program.


7.0     PENUTUP
          Diharapkan bengkel ini berjalan dengan lancar agar AJK dapat menjalankan
tugas dengan baik dan berkesan. Melalui program ini diharapkan agar ahli
jawatankuasa dapat berkhidmat dengan lebih baik mengikut bidang tugas
masing-masing

          Disediakan oleh,                                                        Tarikh: 4 Februari 2015         

          (Nurhaiza Bt Che Mat)
Guru Kaunseling                                                      
                                                 
          (Che Mohamad Padali Bin Che Mat)
Guru Kaunseling              

Disahkan oleh,                                                          Tarikh : 4 Februari 2015

(Kamariah Bt Abu)
Pengetua



 

Telegram Channel