15 January 2015

Program Pemantapan Disiplin Murid: Hati Ke Hati


You never know how strong you are
Until being strong is the only choice you have

Antara perancangan strategik kami tahun ini ialah mengadakan slot Hati Ke Hati dengan pelajar sasaran yang ponteng sekolah pada tahun 2014 iaitu pelajar kes rayuan semula kerana ponteng sekolah tahun lepas dan memohon masuk semula ke sekolah ini. Begitu juga pelajar yang menerima surat amaran ketiga dan kedua kerana ponteng sekolah. 

Tamat sahaja perhimpunan, kami telah mengumpulkan pelajar sasaran ke dewan. Pada mulanya pengetua menyampaikan ucapan aluan dan motivasi, diikuti oleh ketua guru disiplin oleh En Mohd Noor Bin Mat Deris. Pelajar diberikan profil diri untuk dilengkapkan dan memberikan respon terhadap soal selidik pelajar ponteng sekolah. Setelah itu, pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil dibawah bimbingan saya sendiri, Cikgu Padali, dan dua orang pelajar praktikal kaunseling. Kami menjalankan sesi kaunseling kelompok kepada pelajar-pelajar sasaran.

Berikut merupakan soal selidik yang kami edarkan. kepada para pelajar. Hal hal lain ialah masalah pelajar bekerja. Laporan penuh akan disiapkan sekurang-kurangnya selepas 80 peratus dari senarai pelajar ponteng sasaran tahun lepas telah menjalani sesi kaunseling



SILA  ISIKAN MAKLUMAT BERIKUT
Nama : __________________________________                                                          Ting : _____________
Sila tandakan di ruangan yang berikut . Saya tidak hadir ke sekolah kerana:
BIL
ISU

1
Masalah kesihatan

2
Masalah keluarga

3
Masalah kewangan

4
Pengaruh kawan untuk pergi ke tempat lain

5
Bosan/ tidak minat belajar

6
Masalah dengan guru

7
Masalah pelajaran : tidak faham / tidak siap kerja sekolah

8
Masalah dengan kawan

9
Masalah pengangkutan

10

Hal – hal lain : Sila nyatakan









 

Telegram Channel