28 February 2015

Mesyuarat Agong PIBG 2015

Mesyuarat Agong PIBG 2015

Terima kasih AJK PIBG 2013/2015
Welcome AJK PIBG 2015/2017

Mesyuarat Agong datang lagi. Dah 15 tahun jadi pemerhati dalam JK PIBG kerana guru kaunseling mmg  memegang jawatan pemerhati sahaja. Muka jawatankuasa bersilih ganti jadi saya dapat melihat perubahan demi perubahan pucuk kepimpinan dan AJK samaada AJK Guru atau AJK PIBG yang baru bahkan pengetua pun bersilih ganti. Hari ini pemilihan AJK Ibu Bapa dijalankan dan saya paling berdebar dengan pemilihan Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa. Sejak sarana ditubuhkan, KSIB atau kumpulan sokongan ibu bapa merupakan tanggungjawab guru kaunseling selaku penyelaras KSIB. Oleh itu pemilihan pengerusi KSIB penting untuk menggerakkan aktiviti membantu sekolah. Saya telah mengedarkan kepada semua pelajar borang khidmat bakti ibu bapa kepada sekolah dan mendapat kembali hampir 70 borang tersebut untuk sukarela memberikan khidmat bakti. Data sukarela akan dibahagikan kpd 6 bidang utama di bawah satu ketua bagi setiap bidang iaitu akademik, kerjaya, kokurikulum, motivasi, 3K dan penyelenggaraan sekolah. Ibu bapa yang telah menghantar borang akan dipilih sebagai AJK KSIB sebagai penggerak aktiviti sekolah.
Tahun ini juga kami mengadakan slot ceramah keibubapaan dari LPPKN selama sejam untuk pengisian sewaktu mesyuarat Agong PIBG.

AJK PIBG 
Encik Shamsul pengerusi KSIB 2015
Ceramah LPPKN

27 February 2015

Slot Sahsiah Bersama Pelajar Moral

Slot Sahsiah Bersama Pelajar Moral

Gembira dgn perkhabaran
Gusar dengan penantian
Mengintai jerih cabaran
Semoga cerah harapan

Dalam sebulan, slot kaunseling akan diadakan sekali pada hari Jumaat iaitu pada setiap minggu ketiga hari Jumaat khas untuk slot sahsiah diri untuk pelajar Moral. Ini kerana pelajar Islam mempunyai slot khas membaca Yaasin di dewan pada masa pertama yg dimasukkan ke dalam jadual waktu sekolah sejak pertengahan tahun lepas di bawah boss baru. Sebelum ini pelajar Islam membaca Yaasin disurau sekolah pada pukul 7.00 hingga 7.30 sahaja. Dengan adanya jadual waktu baru iaitu 7.30 hingga 8.05 pagi, maka lebih ramai pelajar menyertainya kerana masa waktu rasmi sekolah. Oleh itu program bacaan Yaasin di dewan dan  pelajar Moral mempunyai slot di tapak perhimpunan.
Setiap Jumaat, pelajar Moral mempunyai sesi sahsiah diri di bawah panitia Moral. Sebulan sekali di bawah UBK pada minggu ketiga.

Antara aktiviti yg mereka lakukan setiap minggu ialah sesi meditasi  diikuti dengan modul tertentu selama 20 minit.
Pagi ini saya menggunakan inventori personaliti modul Minda Sihat seperti entri blog Inventori Personaliti dan membentangkan mengenai personaliti A dan B diikuti hilai tawa pelajar yg seronok dengan makna karakter sendiri atau kawan kawan.

26 February 2015

Mesyuarat JKGK Pudu 2/15: Pengurusan Bimbingan Kaunseling 2015

Mesyuarat JKGK Pudu 2/15: Pengurusan Bimbingan Kaunseling 2015

Outing lagi
To iact College

Hari ni berbincang mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah 2015. Peranan guru bimbingan dan kaunseling memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Saya menyampaikan taklimat kepada anak buah berdasarkan taklimat pegawai JPN kepada AJK MGKKL.

1)Sekurang-kurangnya 1 sesi kaunseling individu sehari , 5 sesi kaunseling individu seminggu dan 150 sesi kaunseling individu setahun. Sesi kaunseling kelompok sekurangnya 1 sesi kaunseling kelompok seminggu dan 40 sesi kelompok setahun.

2) Fokus 4 bidang utama
    Surat siaran KPM Bil 12 2012 :
    Pembangunan Pengembangan Sahsiah Diri Murid
                 - meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
                 - penurunan kadar salah laku disiplin murid
                 - pengurusan SSDM
                 - meningkatkan daya tindak murid dalam menangani stres, anxiety dan kemurungan
    
    Peningkatan Disiplin Murid: Outcome murid berdisiplin dan sekolah yang aman dan sejahtera
    Pendidikan Kerjaya : Outcome murid yang tahu hala tuju dan kerjaya masa hadapan
    Psikososial dan kesejahteraan mental : Outcome murid yang sihat pemikirannya

3) Sasaran Kerja Utama BPSH 
1- meningkatkan kualiti perkhidmatan B&K di sekolah
2- inisiatif pendidikan kerjaya murid
3- perlaksanaan pentaksiran psikometrik
4- amalan guru penyayang dan IPM 

4) Meningkatkan kualiti perkhidmatan B&K di sekolah
    Pengurusan dan pentadbiran berkesan
    perlaksanaan sesi kaunseling
    program pembangunan sahsiah diri murid
    program PRS
    Kelab Kaunseling dan Kerjaya
    Inovasi dan Kajian Tindakan
    Program Khas

5)Inisiatif Pendidikan Kerjaya Murid
Organisasi Kelab Kerjaya
Outreach Kerjaya
Aktiviti & Program
Pelaporan
SePKM - eprofil kerjaya

6) Perlaksanaan Psikometrik 
    Mewujudkan profil murid. perlaksanaan dan analisa ujian , kelompokkan murid mengikut minat kerjaya 
    dan melaksanakan program pendidikan kerjaya

7) Pelaporan Data B&K 2015
 - data L4/L8, program Minda Sihat, pelaporan program Guru Penyayang perlu dibentang kepada 
    pentadbiran sekolah, DWEN (Jun, Nov 2015), 

8) Perancangan KPM
- Simposium Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin Murid 
   (Julai-PPD, Ogos- JPN, 8-10 Okt-KL,20-22 Okt di Shah Alam, Kebangsaan)
- PPSDM
- Program PRS Peringkat ASEAN, KPM pada 28 -31 Ogos di Melaka
- Program Ikon Murid (Lepasan PT3)

9) Bahan Muat Turun
- peringatan berhubung persediaan hadapi bencana/ banjir
- Garis panduan menangani buli melalui pembudayaan amalan penyayang dalam kalangan murid di sekolah dan asrama
- menangani tingkah laku samseng
- SPI Bil 8 2010 - garis panduan mencegah dan menangani perbuatan buli dalam kalangan murid sekolah

10) Hal-hal Lain
Penyelarasan pengagihan buku panduan perkhidmatan B&K KPM ( 1 sek 1 buku)
Transformasi Bilik B&K
Jawatankuasa AJK Pameran Untuk Hari Guru Peringkat Kebangsaan untuk IPTS.
Karnival Kaunseling Zon Pudu
Lawatan Profesionalisme Guru Kaunseling Zon Pudu


25 February 2015

Program RIMUP Guru Penyayang Sambutan Tahun Baru Cina

Program RIMUP Guru Penyayang Sambutan Tahun Baru Cina

Hectic day 
Hectic week

Selaku setiausaha program guru penyayang saya cuba mengatur takwim untuk program mentor mantee tidak diadakan pada hari isnin sahaja sewaktu hari perhimpunan. Boleh juga dilakukan pada hari Rabu iaitu mengambil masa kokurikulum. So inilah aktiviti yg dianjurkan oleh UBK iaitu jamuan RIMUP mentor mantee Guru Penyayang. Kenapa RIMUP? Sebab Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan merupakan program wajib dibawah kokurikulum yg mana guru kaunseling selaku AJK. So inilah hasilnya pakej dua dalam satu.
Rushing ke sekolah dari program YPC untuk memastikan semua persiapan program berjalan lancar. Dari aktiviti pembungkusan makanan sebanyak 900 bungkus untuk warga sesi pagi, pengagihan makanan dan  program persembahan berjalan lancar. Macam kenduri rasanya mujur ada kudrat PRS yg aktif untuk membantu perjalanan program. Kami menempah banner, memastikan kelas duduk mengikut seksyen yg ditetapkan iaitu ting 5 di dewan, ting 4 di kantin sebelah dewan, ting 3 di kantin utama. Mentor akan makan bersama mantee masing masing.
Acara persembahan ialah acara yg paling ditunggu tunggu iaitu persembahan sapalele dari 1D, nyayian lagu Cina, persembahan akrobatik, nyayian lagu Melayu dan lagu Thailand. Nyanyian duet lagu Inggeris oleh pelbagai bangsa pelajar. Mencapai objektif apabila melihat student seronok menikmati makan dan acara dalam suasana yg muhibah.
Jamuan makan mentor mantee
Jamuan makan mentor mantee
Jamuan makan mentor mantee
Sambutan hari jadi dan jamuan makan
Persembahan berbilang bangsa
Persembahan pelajar Melayu
Persembahan pelajar Cina
Jamuan makan mentor mantee

Bengkel KBAT Dalam Sains Dan Matematik:

Bengkel KBAT Dalam Sains Dan Matematik:

Macam lipas kudung

Pagi ni bawa 23 student kelas 3c untuk seminar kbat sains dan matematik pt3 yg dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Cheras di Kolej YPC. Kali ni giliran SMK Cheras menjadi tuan rumah dan semua guru kaunseling bertugas sebagai AJK program. Saya bertugas sebagai pengacara majlis untuk perasmian. Penceramah sains ialah En Saad dari SMK Taman Maluri yg memang pandai mencuit hati pelajar dan hadirin yg mendengar ceramahnya tanpa jemu. Penceramah kedua dari SMK Yaakob Latif Pn Azma. Program berjalan dari 8.30 pagi hingga 1.15 tengah hari ditaja sepenuhnya oleh YPC. Pengetua datang untuk sesi perasmian program. Saya hanya stay hingga pukul 11 sahaja memandangkan perlu rushing ke sekolah menguruskan program RIMUP mentor mantee.

24 February 2015

Jom ke MSU

Jom ke MSU

6.20 am out
6.55 pm in

Bawa student 5S2 dan 5S3 ke MSU dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Yang menariknya bila pelajar kelas lain tanya..cikgu kenapa diaorang sahaja boleh pergi. Jawapan yg mudah..sebab 5s2 dan 5s3 dapat 98% kehadiran baik bulan Januari jadi cikgu bawa pergi berjalan. Ganjaran segera untuk kelas ting 5 mula diberikan kerana analisa data kehadiran yg rendah bagi ting 5 tahun lepas. Oleh itu ini adalah satu inisiatif UBK untuk ganjaran segera.
Kali ini agak meriah kerana kebetulan MSU mengadakan karnival dan pelajar dapat melihat pelbagai pameran jualan dan permainan serta pertandingan.
Pada mulanya pelajar diberikan taklimat mengenai kursus yg ditawarkan di MSU. Menarik sini ada kursus persediaan dan ada juga biasiswa. Pelajar di bawa ke beberapa fakulti dan kemudahan disini. Sudah tentu yg paling menarik ialah bilik mayat dan muzium anatomi.

23 February 2015

Ujian Urin Di Sekolah

Ujian Urin Di Sekolah

Bila ibu habis cuti
Anak pula masih cuti,
Rasa nak sambung cuti
Berangan je ambik  cuti

Hari ini AADK ingin menjalankan operasi urin test kepada pelajar. Memang trend ujian urin dijalankan pada hari Isnin atau selepas cuti panjang agar dapat mengesan pelajar yg mengambil dadah sewaktu hari minggu. Guru disiplin memanggil pelajar pelajar yg berisiko dan  dicampur secara rawak juga dengan mana mana pelajar  ke gym untuk diambil urin test. Setiap pelajar diberikan botol dan bergilir mengambil giliran untuk diuji urin mereka. Seorang pelajar yang telah menjalani pemulihan dadah menjeling kepada saya sambil tersengih..kalau betul dia dah bebas dari dadah tak perlu takut mesti negatif. Sebaik sahaja ujian negatif..dia terus menghampiri saya dan berkata..cikgu! sambil tersengih sengih hanya saya dan dia sahaja yg faham bahasa bukan lisan tersebut. Alhamdulillah..
Seorang lagi pelajar yg pernah ditahan di luar sekolah kerana kes dadah juga adalah negatif ujian urinnya. Lega saya dgn Padali kerana tahun ini tiada siapa pun yang sangkut dalam ujian urin mereka. 
Antara dadah yg diuji ialah ganja, meta, morfin dan amphetemin.


 

Telegram Channel