30 April 2015

Persiapan Pameran Hari Guru JPWPKL 2015

Persiapan Pameran Hari Guru JPWPKL 2015

Mesyuarat hari ini diadakan di sekolah saya. Sebagai tuan rumah saya ke hulu hilir menguruskan persiapan seawal punch card hinggalah mengemas fasiliti sekolah yang digunakan. Direct minggu ini saya berkursus di Pahang then hari ini seharian menguruskan mesyuarat. Sempat menjalankan satu sesi kaunseling di awal pagi dengan pelajar sebelum ke hulu hilir melihat persiapan bilik mesyuarat, jamuan makan dan dokumen pengurusan AJK Kerja bahagian saya.Hari ini mesyuarat persiapan pameran hari guru untuk kali ketiga bermula pada pukul 9.00 pagi. Guru kaunseling MGKKL bertugas sebagai AJK. Saya sendiri selaku Ketua AJK Pameran IPTS telah diberi kuota untuk mencari 20 IPTS dengan bayaran sewa tapak sebanyak RM 500. Dengan kekuatan 5 AJK, try our best untuk penuhkan kuota tu. Sekolah saya juga terpilih sebagai pempamer sekolah menengah harian biasa. Program yg akan diadakan di Institut DBKL di Cheras pada penghujung Mei nanti.

Antara pameran yang akan diadakan lagi ialah pameran IPTA, IPTS, bomba, polis, sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah agama, sekolah menengah sains, kolej vokasional, sekolah kluster kecemerlangan, sekolah teknik, Kidzania, MARA dan gerai - gerai jualan. Persembahan dari sekolah-sekolah yang mempunyai etos masing - masing juga akan diadakan. Pada mesyuarat ini juga, Ketua Sektor memaklumkan mengenai tajaan dari MARA yang membantu meringankan perbelanjaan untuk pameran ini. Setiap sekolah akan diarahkan untuk membawa pelajar ke pameran pendidikan ini nanti bagi melawat gerai pameran. Semoga perjalanan persiapan pameran ini berjalan lancar.

Bye hectic April

29 April 2015

Lawatan Ke Kilang Isuzu dan Vokswagen

Lawatan Ke Kilang Isuzu dan Vokswagen

Hari terakhir kami berkursus di Pekan Automotif ini, saya dibawa ke pusat pengeluaran kereta Isuzu dan Volkswagen. Pertama kali menjejak kaki ke kilang pusat pengeluaran kereta dan melihat dengan dekat pemasangan kereta dijalankan. Kami dibahagikan kepada 8 kumpulan dan saya berpeluang melawat 2 kilang pengeluaran kereta. Kilang kilang ini juga menawarkan jawatan operator kepada pekerja tempatan. Kami tidak dapat bergambar di dalam kawasan kilang atau menangkap gambar dalam kawasan kilang atas prosedur keselamatan. 

Yang seronoknya bila program peringkat kebangsaan ini ialah dapat berjumpa rakan rakan lama zaman universiti dulu. 

Pekan Bandar Di Raja
Resepi istimewa puding raja
Rasakan  juga murtabak raja
Huhu jangan tengok sahaja



28 April 2015

Pelancaran portal Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

Pelancaran portal Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan

Hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana pelancaran portal Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Yamin Bin Mohamed Yusof AMN iaitu Timbalan Pengarah (Murid), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Portal ini merupakan medium utama dalam menyebarkan pelbagai info terkini mengenai perkhidmatan kaunseling di peringkat kebangsaan. Ucaputama dan majlis perasmian seminar juga disempurnakan oleh beliau. Antara perkongsian menarik selepas perasmian ialah komunikasi bukan lisan yang berkesan.

Happy sweet 28 Afiqah !


27 April 2015

Seminar Guru Kaunseling Kebangsaan: Pengurusan Kaunseling Berkesan

Seminar Guru Kaunseling Kebangsaan: Pengurusan Kaunseling Berkesan

Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2015 diadakan selama 3 hari di International College Of Automotive (ICAM) di Pekan, Pahang. bermula 27 April - 29 April 2015. Hari ini merupakan hari cuti peristiwa bagi sekolah saya kerana sukan pada hari Sabtu yang lepas. Nampaknya takda istilah off day hari ini. WPKL menghantar 12 orang perwakilan ke seminar ini yang melibatkan 3 orang wakil dari setiap zon. Memandu ke Pekan, Pahang dalam keadaan hujan lebat memang melambatkan. Perjalanan dari Kajang ke Pekan, Pahang hampir memakan masa 4 jam. Tempat yang saya tuju memang banyak kilang automotif , institut kemahiran dan kawasan di sini juga dipanggil taman automotif sesuai dengan persekitaran disini. 

Program hari ini bermula pada waktu petang mengenai taklimat pengurusan perjalanan program. Malam merupakan slot oleh Encik AB Rahim Bin Othman selaku Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian mengenai pengurusan kaunseling berkesan.
Antara intipati yang dinyatakan ialah mengenai 

Peranan guru bimbingan dan kaunseling 
1) yang perlu memenangi jiwa murid. Menggunakan ayat yang betul sewaktu rapport dapat meneroka lebih banyak info dengan pelajar. 
2) Perkhidmatan yang lebih selesa dengan bilik kaunseling yang kondusif dengan masuk je bilik kaunseling keadaan fizikal bilik kaunseling itu sendiri mendatangkan keseronokan.
3) GBK mendahului jangkaan tindakan:
Guru kaunseling juga perlu mendahului jangkaan tindakan. Perlu KPI dinyatakan untuk setiap program yang berjalan.  Outcome walau sasaran sedikit tetapi ada perubahan yang dapat dicapai. Kaunseling berfokus pelajar, walau 100 peratus tidak berubah masalah disiplin mereka tetapi perubahan yang ada walaupun 90% menunjukkan pencapaian. Perubahan yang terdapat pada murid dalam kaunseling berfokus perlu dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. 
4) Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai


Cabaran Kaunseling Abad Ke 21:
1)Mengetahui dan memahami mengenai  pengurusan bidang tugas GBK dengan lebih komprehensif
2) Mampu menterjemahkan kerja buat dan produktiviti berkualiti
3) meningkatkan kewibawaan dan ketrampilan personel
4) Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya
5) Memahami keperluan dan perubahan murid.

Fokus 1: Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Fokus ini ialah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri murid dari aspek sikap penyayang, budi bahasa,konsep kendiri, kepimpinan , komunikasi, kekemasan diri dan ketepatan masa
Outcome : Perwatakan murid Yang Trampil Dan Terpuji

Fokus 2 : Peningkatan Disipilin Murid
Fokus untuk memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang dijalankan bagi mencegah mereka yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah, perlakuan berunsur jenayah, perlakuan berunsur kelucahan, perlakuan kurang sopan, perlakuan berunsur vandalism
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera

Fokus 3; Pendidikan Kerjaya Murid
Bimbingan murid mengenal peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya sesuai dengan potensi diri dan minat
- Melaksanakan program pendidikan kerjaya dengan terancang
- Menyediakan profil kerjaya murid dari sekolah rendah hingga menengah
- Rekod murid selepas tamat persekolahan

Outcome : Murid Yang Tahu Hala Tuju Pendidikan Dan Kerjaya Masa Hadapan

Fokus 4 : Psikososial Dan Kesejahteraan Diri Murid
Fokus untuk membimbing murid supaya mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental
Outcome : Murid yang Sihat Pemikirannya

Peranan pembimbing rakan sebaya perlu ditambahbaik dalam program ini dengan PRS perlu bercakap nilai etika kepimpinan kepada para pelajar. Mereka boleh dilantik sebagai mentor dalam kalangan pelajar.

Tindakan intervensi mesti dijalankan dengan kajian keperluan tindakan merupakan fokus utama. Kajian tindakan wajib dijalankan kerana ia merupakan satu intervensi.yang dapat menilai dan memantapkan perkhidmatan kaunseling sekolah.

Akhir sekali part yang menarik :
KAUNSELOR HEBAT tetapi kehebatan itu bukan atas jawatannya tetapi atas individu itu sendiri.

Bersua kawan -kawan lama
Mengungkit nostalgia remaja

Ceramah Pengurusan Kaunseling Yang Berkesan oleh Encik AB Rahim
Team GBK WPKL

26 April 2015

Hari Usahawan SMK Cheras 2015

Hari Usahawan SMK Cheras 2015

Tahun ini format sukan yang baru iaitu Hari Sukan Dan Usahawan. Ahli kelab kerjaya sangat teruja dengan jualan ini dan menyediakan pelbagai jenis makanan seperti air bandung, air float, air tin, buah-buahan, meatball lasagna, aiskrim malaysia, cupcake, kek batik dan nasi lemak. Banyak betulkan.. Hari usahawan menggunakan kupon jualan dan tiada duit dibenarkan dalam urusan jual beli hari ini. Oleh itu, semua pelajar dan guru dikehendaki membeli kupon tersebut terlebih dahulu. Bagi pelajar, kupon sebanyak RM 3 adalah percuma diberikan kepada setiap pelajar dan mereka boleh topup dengan membeli kupon di koperasi dan di kantin. Setiap kelab yang membuat jualan dibenarkan membuat promosi, dan para pelajar kelab telah membuat promosi di Astaka, di tapak perhimpunan bahkan dari kelas ke kelas dan mendapat tempahan mencecah RM 1,000 tetapi kami menolak tempahan hampir RM 500 jugak memandangkan pelajar tidak membuat bayaran tempahan sebelum hari sukan . Konsep hari usahawan ini menarik kerana setiap kelab juga perlu mempunyai lesen yang boleh didapati dari AJK Koperasi untuk menjalankan jualan hari ini. Setiap petugas diberikan tag kelab untuk memastikan pelajar terlibat dengan jualan dan dibenarkan berada di kantin. Manakala pelajar lain perlu berada di khemah rumah sukan masing - masing. Ahli kelab kerjaya akan menghantar tempahan pelajar dari khemah -khemah rumah sukan. Sewaktu rehat, pelajar hanya diberikan masa selama 20 minit untuk membeli makanan minuman tambahan di kantin. Ketika inilah memang tidak cukup kaki tangan menyediakan makanan minuman yang diminta. Lonjakan hasil jualan ketika ini mencecah kupon dengan nilai RM 600. Tamat sahaja sukan, kami pun mula mengemas dan stay back dibilik kaunseling. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan membantu mengira kupon dan satu lagi kumpulan membuat rumusan jualan mengikut tingkatan dan rumusan jualan mengikut rumah sukan. Rumusan guru juga perlu disediakan. Hasil kutipan kupon untuk hari usahawan berjumlah RM 1,300. Huhuu bersorak semua orang.

Kupon kupon ini boleh ditukarkan dengan wang tunai beserta laporan lengkap seperti berikut 1) borang pesanan 2) borang rumusan jualan mengikut rumah 3) borang rumusan untuk semua item yang dijual mengikut tingkatan dan keseluruhan item  4)lesen 5) kertas kerja 6) laporan bergambar 7) kupon disusun RM 10  8) borang tuntutan bayaran 9) borang rumusan jualan untuk guru 10) semua resit dan bil belian barangan.  AJK Koperasi akan membimbing bagaimana menyediakan akaun untuk mengira untung dan rugi.
Aktiviti menyeronokkan untuk semua peserta kelab. Walaupun penat tetapi pengalaman berharga untuk semua orang. 

Lunch date..congrats Wati
We are happy for you
Excited to start countdown..

Gerai kelab kerjaya
Ahli kelab kerjaya yang komited
Para pelajar membeli sewaktu rehat
Penyediaan tempahan dan jualan
Cikgu Rozi expert potong buah :)
Menyiapkan tempahan pelajar
Menghantar tempahan pelajar dan guru
Kesibukan di gerai jualan
Mengira kupon dan membuat rumusan perbelanjaan
Promosi sekitar sekolah sewaktu balik
Promosi di tapak perhimpunan

25 April 2015

Johan perbarisan & Naib Johan Sukan  2015.

Johan perbarisan & Naib Johan Sukan 2015.

Hari ini sukan diadakan dalam suasana mendung hasil dari hujan semalam. Bagus jugak untuk saya yang bertugas selaku penjaga masa dalam sukan hari ini dan saya perlu sentiasa berada di tengah padang. Sukan dirasmikan oleh boss saya di PPW Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi. Seawal pukul 7 pagi datang dan terus ke bengkel MPV menyiapkan para pelajar yang terlibat dengan perbarisan bersama-sama guru rumah sukan Perdana yang lain. Kami menggunakan kostum topi dan dilekatkan perkataan PERDANA. Pada seluar pula diletakkan kertas bungga manggar yang dilekatkan bersama salophane tape di seluar sebelah kanan manakala seluar di sebelah kiri pula diletakkan pita pelekat merah. Kasut hitam digunakan dan tali kasut menggunakan reben warna merah. Setiap peserta memakai gloves putih agar menyerlah dari jauh. Selesai menguruskan peserta perbarisan, saya memantau kaunter pendaftaran ibu bapa di sebelah pondok pengawal kerana ia berkaitan dengan sarana ibu bapa.

Mula sahaja sukan, saya terus ke padang kerana bertugas sebagai penjaga masa hingga tamat acara. Walau banyak acara yang dapat kami ungguli tetapi jarak markah hampir 60 mata sewaktu saringan sukan menyebabkan kami sukar untuk mengejar mata dengan rumah Waja. Mendapat naib johan adalah pencapaian kami pada tahun ini dengan jarak markah 20 mata. Johan perbarisan pengubat hati warga Perdana :)

Congrats Perdana!









24 April 2015

Latihan perbarisan sukan dan khemah tercantik

Latihan perbarisan sukan dan khemah tercantik

Hari ini barulah saya boleh fokus kepada para pelajar perbarisan rumah sukan tahun ini. Biasanya sukan tahunan dijalankan pada Mac atau Julai tahun lepas tetapi apabila diadakan pada bulan April tahun ini...saya benar - benar tidak dapat memberikan komitmen yang baik sebagai guru perbarisan rumah sukan. Ini kerana bulan April adalah bulan pelbagai projek dan mesyuarat di peringkat Zon, Negeri atau Kebangsaan. Ditambah lagi dengan program UBK. Hampir saban tahun juga  perbarisan akan menjadi tanggungjawab saya cuma bersilih ganti partner yang menguruskan perbarisan kerana latihan perbarisan selalu dijalankan hingga pukul 5.00 petang dua minggu sebelum sukan tahunan...dan mungkin sebab itulah saya calon yang sesuai untuk menjaga perbarisan memandangkan saya selalu stayback punch out pukul 5 petang. Tetapi tahun ini format yang berbeza, iaitu latihan kawad dijalankan pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi tetapi saya masih lagi merupakan guru yang in charge ahaks ..dengan rasional saya boleh control ketua komandan yang terkenal dengan sikap barannya. So tahun hadapan adakah ketua rumah sukan masih lagi memberikan jawatan yang sama kepada saya dengan rasional yang lain pula? Ok tunggu dan lihat. Tidak ada masalah di pihak saya, cuma tidak seronok jika tanggungjawab diberikan tidak dapat dijalankan dengan komitmen yang baik. Tetapi dalam masa yang sama tiada pula yang mahu menggantikan tempat saya secara suka sama suka dengan jawatan yang lain.

Tema pada tahun ini ialah SINGA PERDANA hasil cetusan idea dari ketua rumah sukan Perdana. Cikgu Wong Mun Yee berusaha meminta pelajar Cina, Melayu dan India untuk bersama- sama belajar tarian singa. Saya tidak pernah mempunyai kesempatan untuk melihat pelajar perbarisan menjalankan latihan kawad tahun ini. Bahkan kostum dan pergerakan mereka adalah hasil perbincangan dengan Cikgu Wong Mun Yee dan Cikgu Hufaidah..partner saya dalam perbarisan tahun ini. Walaupun saya tidak dapat memberikan komitmen yang baik, Cikgu Hufaidah tetap tidak kisah berpasangan dengan saya..huhuhu. jadi sebagai balasannya, hari ini saya all out bantu bahagian persiapan khemah untuk menghias khemah rumah sukan dari pagi hingga ke petang. Tahun ini ada pertandingan baru iaitu pertandingan menghias khemah. Cukup seronok tengok di padang macam kenduri kahwin dengan 5 rumah sukan masing-masing menderu menghias khemah macam macam stail. Macam nak sambut kenduri kahwin pun ada.  Bila hujan menderu turun...bertempiaran lari semua orang :)

Akhir sekali sebelum balik, sempat bersama-sama peserta perbarisan untuk melihat latihan terakhir mereka bersama pasukan tarian singa, memeriksa barang keperluan masing-masing dan memberikan taklimat terakhir.Semoga kemenangan di pihak mereka !

Diam itu lebih selamat
Dari terlalu banyak bercakap
Salam Jumaat 



 

Telegram Channel