13 April 2015

Bengkel Kenali Diri & Cita - Cita

Bengkel kenali diri ini dijalankan minggu lepas pada 10 April 2015 untuk sesi petang. Memandangkan minggu lepas aktiviti terlalu padat dan bertimpa timpa baru hari ni dapat update. Bengkel ini adalah projek yang saya berikan pada guru kaunseling praktikal sesi petang. Kelas yg terlibat ialah kelas 2A, 2B dan 2D. Aktiviti dijalankan di pusat sumber. Pada mulanya guru meminta pelajar melukis muka masing masing menggunakan tangan yang mereka kurang biasa gunakan untuk menulis. Kemudian kertas itu akan ditukar dan rakan perlu mengecam muka rakan mereka masing masing berdasarkan kepada lukisan tersebut. Aktiviti mengenali orang lain melalui ciri fizikal yang ditonjolkan. Kemudian pelajar dibimbing untuk menulis cita cita mereka dan aliran yang sesuai untuk mereka tuju bagi mencapai cita cita mereka.

Mencurah minyak,di dalam api
Mengapalah aura negatif sekali


 
 

Telegram Channel