25 April 2015

Johan perbarisan & Naib Johan Sukan 2015.

Hari ini sukan diadakan dalam suasana mendung hasil dari hujan semalam. Bagus jugak untuk saya yang bertugas selaku penjaga masa dalam sukan hari ini dan saya perlu sentiasa berada di tengah padang. Sukan dirasmikan oleh boss saya di PPW Encik Rohaidatul Akmal Bin Rosedi. Seawal pukul 7 pagi datang dan terus ke bengkel MPV menyiapkan para pelajar yang terlibat dengan perbarisan bersama-sama guru rumah sukan Perdana yang lain. Kami menggunakan kostum topi dan dilekatkan perkataan PERDANA. Pada seluar pula diletakkan kertas bungga manggar yang dilekatkan bersama salophane tape di seluar sebelah kanan manakala seluar di sebelah kiri pula diletakkan pita pelekat merah. Kasut hitam digunakan dan tali kasut menggunakan reben warna merah. Setiap peserta memakai gloves putih agar menyerlah dari jauh. Selesai menguruskan peserta perbarisan, saya memantau kaunter pendaftaran ibu bapa di sebelah pondok pengawal kerana ia berkaitan dengan sarana ibu bapa.

Mula sahaja sukan, saya terus ke padang kerana bertugas sebagai penjaga masa hingga tamat acara. Walau banyak acara yang dapat kami ungguli tetapi jarak markah hampir 60 mata sewaktu saringan sukan menyebabkan kami sukar untuk mengejar mata dengan rumah Waja. Mendapat naib johan adalah pencapaian kami pada tahun ini dengan jarak markah 20 mata. Johan perbarisan pengubat hati warga Perdana :)

Congrats Perdana!









 

Telegram Channel