7 April 2015

Pameran Minggu Hal Ehwal Murid


Hari kedua minggu Hal Ehwal Murid merupakan pameran Minggu HEM yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru kaunseling di dewan. Oleh kerana ada juga sekolah yang melibatkan diri dengan pameran, maka ada agensi yang tidak dapat hadir memenuhi jemputan kami. Pameran dibuka seawal pukul 9.30 pagi dan para pelajar masuk ke dalam dewan mengikut jadual aturan yang telah dirancang oleh guru. Kuiz disediakan dengan hadiah menarik dan pelajar perlu mencari info dalam pameran di dewan untuk menjawab soalan soalan kuiz yang dikemukakan. Setelah selesai mereka hanya perlu memasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Pada tahun ini, untuk pertama kali, kami menjemput agensi untuk keselamatan jalan raya. Pameran yang mendapat sambutan hangat kerana memaparkan cara-cara keselamatan di jalan raya dan tips tips yang menarik. Gambar -gambar yang memaparkan kemalangan ngeri dan maut juga menarik perhatian pelajar dan mereka mengerumuni dengan penuh khusyuk sekali. Selain itu, pameran dari LPPKN yang membawakan pamplet yang menarik dan info yang berguna sangat menarik perhatian pelajar untuk menjadi ahli Kafe Teen. Penghargaan kepada wakil PEMADAM yang sangat pandai melayan keranah pelajar yang bertanyakan pelbagai soalan mengenai pendidikan pencegahan dadah.Pameran ini berakhir pada pukul 3.00 petang dengan jayanya.


Ruin my mood
Drive for 2 hours 
In heavy traffic jam :(

Pameran Keselamatan Jalan Raya

Pameran dari Jabatan Kesihatan

Penerangan mengenai keselamatan jalan raya

Penerangan dari LPPKN

Penerangan dari LPPKN

Penerangan mengenai nyamuk aedes

Kuiz di dewan

Penerangan dari PEMADAM
Penerangan mengenai keselamatan tayar
Pelajar menjawab kuiz
Suasana di dewan
Pendaftaran
Kaunter dari Unit Bimbingan Kaunseling
 

Telegram Channel