18 May 2015

Sambutan Hari Guru SMK Cheras 2015

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan AJK Kelab Guru menyerahkan satu jam slot untuk UBK. Saya bercadang mengadakan program Guru Penyayang. Program ini merupakan program tahunan kami cuma bezanya kami tidak menjalankan anugerah Guru Penyayang sewaktu Hari Guru. Namun demikian memandangkan sambutan yang sepatutnya diadakan pada 29 Mei 2015 telah dipercepatkan ke 18 Mei 2015 maka Kelab Guru bercadang kami mengisi slot tersebut pada Hari Guru. Mendapat tugasan pada hari Rabu petang, saya hanya sempat bermesyuarat dengan ahli PRS pada hari Jumaat memandangkan saya hadir ke mesyuarat Khamis lepas . Dan selebihnya saya bermesyuarat melalui group whatsapp pada hari minggu untuk melatih PRS agar perjalanan program berjalan lancar dari pengacara majlis, PRS yang menjaga stesen kek dan menyuap kek kepada guru-guru hinggalah kepada acara penyampaian hadiah dan mengedarkan kek kepada guru -guru selepas acara memotong kek. Selesai sahaja acara Program Guru Penyayang, jamuan mentor mantee diadakan di stesen kelas masing-masing. Slot kami berjalan lancar...kredit kepada ahli PRS yang komited. Terima kasih anak -anak didik PRS.

Perjalanan Program Dan Teks Pengacara Majlis
CUE


Tamat persembahan

Daun layu di tengah gurun
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara

Yang Berusaha
Pengetua, Puan Kamariah Bt Abu
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum: En Jamil
Penolong Kanan HEM: Puan Sapura Bt Amat
Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Maznah Bt Musa
Guru-guru Kanan, guru-guru dan para pelajar sekelian


Assalammualaikum dan selamat sejahtera . Majlis diteruskan lagi dengan slot Program Guru Penyayang yang akan dikendalikan oleh barisan ahli Pembimbing Rakan Sebaya

Kek telah berada di 6 stesen kek dan PRS bersedia di stesen
Majlis dengan sukacitanya menjemput barisan pentadbir mengambil tempat di atas pentas.
Semua guru –guru mentor sila berada di stesen kek mengikut tingkatan.
Stesen 1 untuk mentor  tingkatan 1
Stesen 2 untuk mentor tingkatan 2
Stesen 3 untuk mentor tingkatan 3
Stesen 4 untuk mentor tingkatan 4
Stesen 5 untuk mentor tingkatan 5

Semua guru sudah berada di 6   stesen kek



Diminta semua pelajar untuk bersama-sama kami menyanyikan Lagu Selamat Hari Guru dengan lagu versi Selamat Hari Jadi.
Satu..dua…tiga
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru
(semua orang bertepuk tangan)
 Habis tepuk tangan
Dipersilakan guru-guru memotong kek.

Cari ikan tepian selasih
Anak keli main di jeti
Kami ucapkan terima kasih
Budi dan bakti tetap di hati
Guru sudah memotong kek
Dijemput pelajar PRS menyuapkan kek kepada cikgu cikgu tanda penghargaan kami

(Nyanyian Lagu Upin Dan Ipin)
(Nyanyian Lagu)

Habis sahaja aktiviti PRS menyuap guru dan guru -guru makan kek
Majlis diteruskan dengan Anugerah Guru Penyayang 2015.Dijemput guru-guru untuk duduk dan mengambil tempat masing-masing.
Guru –guru berada di tempat duduk semula
Majlis dengan sukacitanya menjemput Saudari Fareesha  selaku Pengerusi PRS dan Saudara Qamarull  selaku Naib Pengerusi PRS untuk menyampaikan Anugerah Guru Penyayang

Budak – budak bermain sakan
Di tengah pekan berbaju merah
Masa tidak kami lengahkan
Dipersilakan penerima anugerah

Guru sesi petang 
1) PUAN HASLINA HASHIM
2) EN MUHAMMAD FADZIL BIN LEBAI LUTFI
3) PN  ZETI ANIS HUSAINA BT ZAKARIA
4) PN LEE WAN YEE
5)PN HALIZA BT HALID
6) PN UMI SALBIAH BT ABDUL RAHMAN
7) PN NORAIDA MOHAMAD @ABDULLAH
8) PN AZIANA BT RUSLAN
9) CIK TUONG LOY MUI
10) PN ZAHIRAH BT ABDUL HALIM
11) PN NORMILAH BT MOHD NOH


Guru-guru sesi pagi
1) PUAN NORAINI BT IBRAHIM
2)PUAN NOOR ALAMIYAH BT ZAKARIA
3) EN GANESAN A/L VADIVELU
4) PUAN CHUA GEK IMM
5)EN CHAN YOONG KEONG
6)  PUAN TENGKU LAILA SARI BT TENGKU JUSOH
7) PUAN ELYA HAFIZA 
8) CIK AIDA AZLINA BT RAMLI
9) PUAN ZIZAWANI BT FAUZI
10) PUAN NORHANIZA BT ABD JALIL
11) PN KHAIRUL AKHMAR BT OMAR
12) PUAN SOLEHAH AHMAD
13) PUAN NORLIZA BORHAN
14)EN NIK RAHMAT BIN NIK MOOD
15)PUAN SITI AMRAH 
16)PUAN FARAH HANUM BT RAMLI


 Puan Farah turun pentas
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Kami percaya semua guru adalah guru penyayang. Kami sayang cikgu.


Dengan ini tamatlah slot Guru Penyayang. Kami ahli-ahli PRS selaku jawatankuasa pengelola memohon maaf jika tersilap kata .

Terima kasih PRS
Cikgusayangkorang..muah muah


Pengerusi PRS menyuap pengetua
Stesen kek pentadbir atas pentas
Stesen kek 4 untuk mentor ting 4
Stesen kek mentor ting 4 dan mentor ting 2
Suapan kek dari anak didik
Suapan dari adik adik 
Kemeriahan aktviti makan kek huhu
                                     
Anugerah Guru Penyayang: Puan farah, Puan Amrah, Pn Norliza, Pn Soleha
Anugerah Guru Penyayang: Pn Khairul, Pn Norhaniza,Pn Zizawani, Cik Aida
Anugerah Guru Penyayang: Pn Elya, Pn Tengku Laila, En Chan, Pn Chua
Anugerah Guru Penyayang: Pn Noor Alamiyah, Pn Chua, Pn Noor Aini Ibrahim
Anugerah Guru Penyayang : Pn Haslina, En Fadzil, Pn Aida, Pn Haliza
Anugerah guru penyayang: Pn Lee Wan Yee, Cik Tuong,Pn Zahirah, Pn Normilah
Tahniah baju bertema black gold terbaik: Cik Afiqah
Meriahnya kelas 3A
Kelas 4S2
Riang ria Kelas 4K1
Kelas 4K2
Kelas 3G: Mentor terbaik
Kelas 3E
                                                 
Geng belangkas sekolah
 

Telegram Channel