7 May 2015

SePKM Psikometrik Ting 1dan 3: Inventori Minat Kerjaya (bergambar)

Tahun ini ujian psikometrik tidak diletakkan lagi di bawah Lembaga Peperiksaan sebaliknya dibawah tanggungjawab KPM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di bawah sektor kaunseling . Oleh itu ujian ini tidak terikat lagi dengan arahan dan masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sendiri. Ia ditadbir dan diseragamkan arahan mengikut pentadbir yang baru . Maka sistem keyin pun tidak memerlukan untuk dijalankan secara dua kali memadai dengan sekali key in sahaja secara offline. 

Pada tahun lepas, pelajar Tingkatan 1 menggunakan IMK yang berbeza tetapi pada tahun ini menggunakan Inventori Minat Kerjaya 180 soalan beserta gambar seperti yang digunakan oleh pelajar Ting 3 tahun lepas. KPM mengeluarkan arahan agar ujian psikometrik sudah boleh mula dijalankan kepada para pelajar Tingkatan 1 cuma tidak perlu di key in lagi kerana menunggu arahan yang seterusnya. 

Inventori ini sesuai digunakan kerana interaktif dengan gambar yg bersesuaian agar pelajar lebih memahami msksud yang ingin disampaikan dan minat kerjaya pelajar lebih mudah diberikan penskoran. Inventori untuk mengetahui bidang realistik, investigatif, artistik, sosial, enterprising dan konventional

sila klik disini Inventori Minat Kerjaya untuk download.

Mood exam
Good luck student
Good luck my kids








 

Telegram Channel