20 July 2015

Penilaian Bersepadu: Pengendalian PRS SMK Cheras



 
MATLAMAT PRS
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :

1.Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid
2.Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan    
    kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, 
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan     membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar

Falsafah PRS

BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN

Misi PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika
 Pembimbing Rakan Sebaya.


Visi PRS

Sistem pengurusan perkhidmatan pembimbing rakan sebaya
yang cemerlang dan berkualiti



                                                                                                 Etika PRS

Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:
a.      Amanah dan menyimpan rahsia.
b.      Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
c.      Memahami batasan dan keupayaan diri.
d.      Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
e.      Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain.
f.       Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
g.      Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.




IKRAR PRS 

Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2015.

Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan
     tanpa mengira tempat, masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.




CARTA ORGANISASI PRS 2015

Nurin Amira Binti Abd Latif
PENGERUSI

4SC2
Tuan Muhammad Hilmy Hakim Bin Tuan Mazlan
NAIB PENGERUSI
4SC1
Nayli Izzah Binti Muhammad Nasri
SETIAUSAHA
4SC2
Nur Sharmiela Kartika Binti Shahrizal
NAIB SETIAUSAHA
4SC1
Ahmad Irfan Bin Anas

BENDAHARI
4SC2
Muhammad Amir Nuruddin Bin Abdul Jalil
AJK PRS
4SC2
Wan Muhammad Nura’iman Hakim Bin Wan Nazrulshah
AJK PRS
4K1
Muhammad Fazzirul Mustaqim Bin Mohd Noor
AJK PRS
4K4
Muhammad Haikal Bin Muhammad Kuhunoiyakin
AJK PROSTAR
4K2
Muhammad Khairul Usaid Bin Mohamed Ramli
AJK PROSTAR
4K1
Syed Muhammad Haziq Bin Syed Shahrul
AJK PROSTAR
4K1
Nazreen Bin Ahmad Imran
AJK PROSTAR
4SC2
Amin Mirza Bin Kamal Sahar
AJK PROSTAR
4K1
Nur Shaliyana Binti Kamarudin
AJK PROSTAR
4K4
Siti Aminah Aziemah Binti Mohammad
AJK PROSTAR
4SC2


















Sebagai seorang PRS, antara peranan yang perlu mereka lakukan adalah:

1.      Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.      Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.      Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat  bantuan.
4.      Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
5.      Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan 
      strategi intervensi jika perlu.
6.      Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
7.      Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
8.      Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
9.      Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
10.   Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
11.   Mematuhi etika kerahsiaan.
12.   Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
13.   Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
14.   Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri 
       supaya ia belajar melalui pengalamannya.
15.   Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
16.   Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

Kriteria Pemilihan PRS

Antara kriteria murid yang boleh dipilih sebagai PRS di sekolah adalah seperti yang berikut :
1   Menunjukkan minat dan komitment yang tinggi untuk membantu diri dan orang lain boleh berkomunikasi dengan baik.
2   Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan, memahami, menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, jujur dan tulen)
3   Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri yang menonjol
4   Membaik pulih murid yang bermasalah disiplin

Pemilihan murid-murid PRS adalah melalui beberapa kaedah antaranya:
1   Pemilihan melalui permohonan
2. Mengiklan dan mempelawa permohonan murid melalui pengumuman semasa perhimpunan sekolah, kempen dari kelas ke kelas atau poster dan maklumat papan notis.
3. Menyediakan borang permohonan untuk proses pemilihan
4. Mengadakan sesi temuduga untuk mengenal pasti calon-calon yang sesuai.
5. Pemilihan melalui rakan sebaya
6. Pemilihan melalui Pengetua/ Penolong Kanan dan Guru-guru
7. Pemilihan melalui Guru Bimbingan dan Kaunseling
8. Pemilihan oleh PRS yang berpengalaman
9. Pemilihan dari kalangan murid bermasalah atau berisiko
10. Pemilihan secara objektif – melalui penggunaan alat-alat pengukur yang sedia ada seperti ujian-ujian personaliti, sikap, kerjaya, minat dan konsep kendiri.

KERANGKA MODUL PRS

BONGSU
MUDA
SULONG
BESTARI
TAHUN 4-6 / T1 – T2
T2 – T3
T3 – T4
T4 – T6
1.  PENGENALAN PRS
2.  KESEDARAN KENDIRI
3.  ASAS KOMUNIKASI
4.  AWAL REMAJA
5.  PENILAIAN
6.  ANUGERAH
7.  SKEMA PEMARKAHAN
1.      KONSEP KENDIRI
2.      KOMUNIKASI
3.      PSIKOLOGI REMAJA
4.      ASAS KAUNSELING
5.      PENILAIAN
6.      ANUGERAH
7.      SKEMA PEMARKAHAN
1.      KEMAHIRAN
INTERPERSONAL
2.      KEMAHIRAN KEPIMPINAN
3.      MENYELESAIKAN MASALAH
4.      MEMBUAT KEPUTUSAN
5.      KEMAHIRAN KAUNSELING
6.      PENILAIAN
7.      ANUGERAH
8.      SKEMA PEMARKAHAN
1.      KEMAHIRAN FASILITATOR
2.      KEMAHIRAN KUALITI KETRAMPILAN DIRI
3.      PENGURUSAN ORGANISASI
4.      PENILAIAN
5.      ANUGERAH
6.      SKEMA PEMARKAHAN




Secara keseluruhannya, modul ini merangkumi 4 tahap  iaitu :
Secara keseluruhan, modul ini merangkumi 4 tahap iaitu
.1   Tahap Bongsu untuk murid-murid Tahun 4 hingga 6 atau Tingkatan 1 hingga 2;
.2   Tahap Muda untuk murid-murid PRS Tingkatan 2 hingga 3;
.3   Tahap Sulong untuk murid-murid PRS Tingkatan 3 hingga 4 dan
.4   Tahap Bestari untuk murid-murid PRS Tingkatan 4 hingga 6.



KAEDAH PERLAKSANAAN 

1   Setiap PRS mestilah melalui Tahap 1 hingga 4 iaitu Tahap Bongsu sehingga Tahap Bestari.
2   PRS juga hendaklah menerima watikah pelantikan pada setiap tahap yang dilalui untuk ke tahap yang seterusnya.
3   Dicadangkan bahawa setiap watikah hendaklah dianugerahkan sekali setahun iaitu pada bulan Jun.
4   Sebelum penganugerahan watikah tersebut, setiap PRS hendaklah memperolehi atau mencapai markah sebanyak 80% dari keseluruhan latihan dan ujian setiap tahap. Sekiranya tidak mencapai markah tersebut, jurulatih PRS perlu memberi kerja atau projek tambahan bagi mencukupi markah tersebut.

Perjumpaan kelompok PRS akan dijalankan sekurang-kurangnya sebulan sekali mengikut kumpulan masing-masing berdasarkan tarikh dan masa yang dipersetujui. Guru kaunseling menggunakan modul berdasarkan modul PRS seperti ini klik di sini Modul Pembimbing Rakan Sebaya

Di bawah merupakan takwim program sepanjang tahun 2015


TAKWIM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2015

BIL
BULAN
AKTIVITI
1
3-5 JAN 2015
PROGRAM ORIENTASI MURID TING 1
2
20 JAN 2015
PELANCARAN PROGRAM 5S
SENYUM, SALAM, SAPA , SAYANG, SYUKUR
3
23 JAN 2015
PSIKOMETRIK SESI PETANG
4
15 FEB 2015
PROGRAM RIMUP TAHUN BARU CINA
5
24 FEB 2015
JOM KE MSU
6
1-2 MAC 2015
KURSUS PRS
7
7 MAC 2015
KARNIVAL JOM MASUK U
8
31 MAC 2015
BENGKEL MINDA SIHAT
9
11 APRIL 2015
PAMERAN KERJAYA DAN PPDa
10
19 -20 APRIL
BENGKEL EUPHORIA
11
1-10  MEI 2015
SUDUT DAN LALUAN PPDa
12
18 MEI 2015
PROGRAM ANUGERAH GURU PENYAYANG
13
13 MEI 2015
PELANTIKAN PRS TAHAP BONGSU
14
16 JUN 2015
PROGRAM SEGARKAN MINDA DI FRIM, KEPONG
15
30 JULAI 2015
SAMBUTAN HARI RAYA UBK
16
1-2  OGOS 2015
KURSUS KEPIMPINAN DI GLORY BEACH RESORT
17
27 OGOS 2015
LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA DI HULU SELANGOR
18
7  SEPT 2015
LAWATAN KE SUDUT DAN LALUAN PPDA
 ZON LAIN
19
12 SEPT 2015
HARI KELUARGA PRS
20
24 OKT 2015
KURSUS TEAMBUILDING
21
NOVEMBER
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN



Syawal ke empat...akhirnya
Ketupat palas Perak dapat dirasa!
Layan Cinta Di Cappadocia pula
Indahnya Syawal hari ini..ahaks :)









 

Telegram Channel