5 July 2015

Program Pemantapan Sahsiah Pelajar Cina


Baru boleh update mengenai bengkel pemantapan sahsiah pelajar Moral yang kami adakan pada hari Jumaat 26 Jun yang lepas kerana gambar-gambar baru dipost kepada saya. Maklumlah bengkel ini bertindan dengan jadual meeting adhoc saya, terpaksa meminta bantuan kaunselor praktikal menguruskannya dan dalam masa yang sama mereka boleh claim hour untuk program. 

Bengkel ini dijalankan menggunakan perkhidmatan konsultan dari syarikat berbangsa Cina bagi memenuhi motivasi dan sahsiah untuk murid Cina. Saya percaya dengan pendekatan sesi motivasi dari bangsa Cina sendiri, ia lebih berkesan kepada pelajar mengikut budaya dan bahasa mereka. Terutama bagi kes -kes disiplin dan masalah sosial kepada pelajar sasaran. Menarik juga pendekatan yang digunakan iaitu dua jam mengenai tajuk hubungan sosial pelajar dan tajuk kedua selama dua jam lagi mengenai motivasi kecemerlangan pelajar. Dengan mengenakan bayaran serendah RM 5 bagi seorang pelajar menggunakan PCG Moral, program berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari murid.

Freemarket Batu Muda
Cabaran & Harapan

 

Telegram Channel