20 August 2015

Ke Universiti Malaysia Sabah: Fakulti Psikologi

Lawatan ke UMS diteruskan pada hari kedua dan kami diberi taklimat oleh ketua program Puan Norliza. Setelah mendengar taklimat dari ketua program, kami mula dibawa melawat ke seluruh fakulti dan melawat bilik sesi kaunseling, bilik terapi kanak kanak. UMS menyediakan khidmat kaunseling serendah RM 10 kepada orang awam. Bilik sesi kaunseling disediakan dengan temujanji untuk perjumpaan dengan pensyarah kaunseling yang berkenaan. Salah satu tanggungjawab sosial yang baik kerana dapat membantu orang awam. Saya tertarik dengan penerangan mengenai program pengajian psikologi dan kaunseling kerana silibus yg disediakan menyebabkan graduan ini lebih terbuka di pasaran kerja kerana mempunyai kelulusan psikologi dan kaunseling. Program pascasiswazah juga menawarkan yuran yang rendah seperti ijazah lanjutan kedoktoran hanya RM 1, 300 hingga RM 1, 500 sahaja bagi satu semester. Memandangkan UMS belum mencapai taraf universiti penyelidikan seperti universiti awam yang lain seperti UKM, UM, USM atau UPM maka tawaran kemasukan ke program pascasiswazah lebih mesra pemohon kerana kamu hanya perlu memohon program terlebih dahulu secara online. Jika diterima barulah kita menghantar proposal kajian dan di letakkan di bawah penyelia. Graduan phd dari UMS juga buat masa ini tidak memerlukan sebarang pembentangan peringkat antarabangsa.
Sesi lawatan keliling kampus fakulti ini memang menyejukkan mata dan hati. Mempunyai kemudahan bilik sesi kaunseling untuk digunakan mahasiswa, bilik penyeliaan sesi kaunseling untuk demo, bilik terapi, bilik inventori yang memuatkan pelbagai jenis inventori yang dibeli dengan harga yang mahal ia membuatkan saya teruja menyambung pelajaran ;)

Al fatihah..takziah Lily
Semoga cekal dgn kehidupan

Bilik terapi seni di UMS
Taklimat dari ketua program kaunseling
Sesi taklimat dijalankan

Bilik latihan sesi kaunseling

Bilik sesi kaunseling antara pensyarah dengan awam
Bilik sesi kaunseling
Bilik latihan demo sesi dijalankan
Bilik demo sesi kaunseling
Bilik terapi kanak -kanak
Bilik terapi kanak-kanak
Bilik terapi kanak-kanak
Bilik terapi kanak-kanak
Bilik inventori
Sesi pertukaran hadiah
Sesi pertukaran hadiah

2 comments

Very nice write-up. I definitely appreciate this site.

Keep writing!

Here is my blog post; Stormfall Hack Iphone

Hi there, I enjoy reading through your post.
I wanted to write a little comment to support you.

 

Telegram Channel