28 August 2015

Lawatan Ke SMK Taman Melati: Johan Laluan PPDa JPWPKL


                                                


UBK menganjurkan sesi lawatan ke SMK Taman Melati untuk lawatan penandaaras laluan PPDa yang mendapat johan laluan PPDa peringkat JPWPKL dan akan mewakili ke peringkat kebangsaan nanti. Sekolah kami baru sahaja ingin memulakan inisiatif laluan PPDa dan lawatan ini sangat bermakna kerana ahli PRS berupaya untuk melihat bagaimana laluan PPDa ini dibina bagi melaksanakannya di sekolah. Salah seorang guru kaunseling iaitu Cikgu Raudzah bertugas sebagai naib setiausaha PPDa sekolah dan sudah memulakan inisiatif menaiktaraf laluan PPDa di sekolah pada tahun ini. Gambar dikongsi oleh Rozi dan Raudzah hasil lawatan mereka ke sana pada 26 Ogos 2015. Tak dapat join mereka memandangkan ketika ini saya di Avillion Cove Port Dickson untuk kursus peringkat JPWPKL. Terima kasih kepada tuan rumah di atas layanan yang begitu baik dan semoga ilmu yang dicurahkan dimanfaatkan sepenuhnya kepada kami. Semoga SMK Taman Melati mendapat tempat yang terbaik di peringkat kebangsaan kelak. 

Selamat bercuti 


                                                    

                                      

4 comments

assalam. tkasih upload photo2 lawatan Pn.tahniah utk kselor2 tmn melati.semoga sek Pn juga beroleh kjyaan spt mrk.aamiinYRA.

Terima kasih. Semoga semua kaunselor dapat mengembangkan lagi idea untuk menjalankan projek PPDa di sekolah dan semoga kami dapat mengikut jejak SMK Taman Melati :)

Tq byk2 kak ja...byk sungguh info...mklmt...yg dpt saya ambil dr blog akak ni

Sama-sama Ana. Semoga dapat dimanfaatkan kepada sekolah lain pula

 

Telegram Channel