Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

29 September 2015

Key In Pembelajaran Kendiri: SPLKPM


Hampir berbulan tidak membuka SPLKPM, dan apabila diingatkan oleh setiausaha LDP untuk key in bahagian kursus luar KPM dan swasta, saya tertarik dengan layout baru SPLKPM dan menambahkan aktiviti kendiri. Walaupun ia tidak dikira bilangan hari berkursus seperti tahun -tahun lepas, tetapi dikira sebagai markah merit.Yang menariknya ada penambahan pada program kesukarelaan namun apabila dikey in catatan 1 point sahaja walau 1 atau lebih hari. Penulisan artikel atau jurnal mempunyai direkodkan sebagai 12 point wow...memang berbaloi manakala kajian tindakan 6 point.

Petikan di bawah yang saya copy paste dari SPLKPM

Penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi membolehkan pengguna merekodkan aktiviti PPB menerusi aplikasi SPLKPM.

Ianya melibatkan aktiviti-aktiviti berikut:
1. Aktiviti PLC
2. Aktiviti Bimbingan dan Pementoran (B&P)
3. Penyelidikan & Kajian Tindakan
4. Penulisan dan pengkaryaan di Luar Bidang Tugas
5. Program sandaran dan sangkutan Organisasi Luar KPM
6. Sumbangan Lain Bukan Profesional/ Aktiviti Kesukarelaan
7. Peningkatan Akademik

Proses daftar aktiviti PPB dilaksanakan menerusi modul individu dan disokong oleh SULDP/ Pegawai Latihan di organisasi masing-masing.

Aktiviti PLC : didaftarkan oleh Ketua Kumpulan
Aktiviti B&P : didaftarkan oleh Mentor
Aktiviti 3 - 7 : didaftarkan oleh individu menerusi modul - 'Pembelajaran Kendiri'

Pada masakini aktiviti PPB yang dinyatakan di atas masih belum dikira sebagai 'Bilangan Hari Berkursus'. Namun maklumat tersebut akan diambil kira dalam pengiraan Mata Kredit.


Tough day
With multiple task
Keep calm & sleep 2 am ...ahaks!

No comments: