10 September 2015

One Academy: World's Best Art & Design Academy

One Academy satu-satunya kolej yang sangat rajin update flyers kepada guru kaunseling. Bukan sahaja kepada unit bimbingan dan kaunseling malah khusus untuk guru kaunseling sendiri. Saya memang seronok melihat hasil kerja penuntut One Academy ini yang sangat kreatif. Hari ini projek lawatan murid tingkatan 5 yg berminat dengan lawatan ke One Academy di mana mereka diberikan taklimat khas mengenai peluang belajar di sini dan kewangan yang disediakan. Bangunan kolej ini sahaja dah begitu menceriakan. Kursus yg diadakan di sini adalah kursus yg mempunyai permintaan tinggi.  Dengan fasiliti yg hebat yg disediakan di sini, murid begitu teruja dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yg diadakan. Aktiviti melawat sekitar kampus memberikan pengalaman dan pemandangan yg menyeronokkan. Dengan tagline World's Best Art & Design Academy pengalaman disini memang sangat menarik minat murid menggunakan pelbagai alat bantu dan perisian untuk art and design.

Happy Birthday Kak Raudzah
Semoga sentiasa sihat & cergas










Ahli Kelab Kerjaya Ting 5
 

Telegram Channel