Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

27 October 2015

Dashboard e-kaunselor sekolah: Johan Inovasi Sistem Maklumat Hari Psikologi KPM Kebangsaan




Dashboard e-kaunselor sekolah
KERTAS KONSEP INOVASI
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH

PENGENALAN PROJEK
Projek Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Kuala Lumpur yang bertajuk SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini merupakan satu sistem pengurusan kaunseling di atas talian. Setiap bidang kerja kaunselor sekolah boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH. Maksud DASHBOARD dalam projek ini merupakan satu paparan utama setiap bidang kerja kaunselor sekolah. e-KAUNSELOR membawa maksud dalam projek ini, seorang pengamal kaunseling di sekolah  menggunakan teknologi terkini secara atas talian untuk menguruskan setiap bidang kerjanya.
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dicipta apabila pasukan kaunselor SMK Cheras, Kuala Lumpur merasakan terbeban dan menghadapi masalah apabila terlalu banyak tugas menganalisis setiap data dari setiap bidang kerja yang dilakukan oleh kaunselor sekolah sekarang. Hasil dari pemantauan dan pemerhatian kami, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh para kaunselor sekolah sedekad ini. Antara masalah yang dihadapi ialah melaksanakan tugas yang sama untuk beberapa kali, kesuntukan masa untuk menjalankan tugas hakiki iaitu menjalankan sesi kaunseling dan sebagainya.
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH direka khas untuk para kaunselor sekolah dengan mengecilkan skop tugas secara berpusat. Sistem ini direka dengan membentuk tiga modul sistem untuk bidang tugas kaunselor. Antara modul yang direka ialah MODUL e-KAUNSELING, e-PELAPORAN dan e-PENGURUSAN. Setiap modul yang direka mempunyai fungsi masing-masing mengikut bidang kerja para kaunselor. MODUL e-KAUNSELING berfungsi sebagai penyimpanan rekod sesi dan perkhidmatan kaunseling secara pengkalan data (database) melalui medium atas talian. Dalam modul ini juga ia boleh menjana data secara automatik bagi menunjukkan hasil secara data dari perkhidmatan yang dijalankan.
MODUL e-PELAPORAN pula berfungsi sebagai penyimpanan data pelaporan yang mengikut kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap data pelaporan juga mempunyai sistem janaan secara automatik di atas talian. Manakala MODUL e-PENGURUSAN pula berfungsi sebagai STOR atau FOLDER bagi menyimpan bahan atau fail seperti kertas kerja, pelaporan program dan sebagainya secara atas talian. Dengan adanya modul ini, dapat menyenangkan para kaunselor untuk mengakses segala bidang kerja berkaitan kaunseling di mana-mana sahaja dan dengan apa jua peralatan komputer mahupun telefon pintar. 
Diharapkan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini dapat membantu para kaunselor dalam memudahkan proses kerja sebagai pengamal kaunseling sekolah dan seterusnya dapat memantapkan lagi profesion kaunselor selari dengan kemajuan teknologi terkini.

OBJEKTIF PROJEK
1.     Dapat memudahkan pengamal kaunseling dalam menjalan bidang kerja sebagai kaunselor sekolah.
2.     Dapat memperkenalkan kepada pengamal kaunseling tentang pengurusan bidang kerja kaunseling secara berpusat, tersusun dan efektif.
3.     Penyimpanan data secara sistematik dan berpusat.
4.     Dapat menarik klien khususnya murid sekolah dalam meneroka potensi diri serta permasalahan diri secara self-service atau layan diri (online).
5.     Dapat meningkatkan profesionalisme kaunselor sekolah ke arah perkhidmatan terbaik.

RASIONAL PROJEK
Rasional projek ini adalah untuk membantu para kaunselor sekolah dengan penggunaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dan sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan bebanan tugas amnya. Manakala pihak murid pula dapat menggalakkan murid sekolah dalam penerokaan potensi diri serta penyelesaian permasalahan yang dihadapi olehnya.

NILAI TAMBAH
Inovasi Sistem Dashboard e-Kaunselor Sekolah mempunyai nilai tambah iaitu e– temujanji dan e-intervensi. Sistem e-temujanji ialah sistem e-borang secara atas talian untuk memudahkan murid mengatur temujanji dengan guru kaunseling pilihannya. Melalui e- temujanji, murid secara sukarela bertemu dengan guru kaunseling. Sistem e-intervensi pula membolehkan murid menjawab inventori walau di mana sahaja  seperti Inventori Minat Kerjaya, Inventori Trait Personaliti, Inventori Minda Sihat, Inventori Gaya Daya Tindak, Soal Selidik Kendiri Murid, penilaian pra dan pos Kembali Ke Sekolah, penilaian pra dan pos Jati Diri. Melalui inventori ini, murid boleh memberi respon dan pertemuan dengan guru kaunseling akan diatur untuk mentafsir inventori tersebut.

SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Skop penggunaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini digunakan oleh para kaunselor secara khususnya dan boleh juga digunakan oleh para murid khususnya dengan cara mengakses melalui Vle Frog atau Blog Rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang membataskan projek ini antaranya penyediaan komputer tetap khusus untuk setiap kaunselor dan klien, pengkalan data kecil khas untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling, dan juga latihan secara intensif kepada para kaunselor dalam menggunakan sistem ini.

KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH penting kepada para kaunselor bagi memudahkan setiap bidang kerja kaunseling dijalankan secara berpusat, tersusun dan efektif. Apabila tugas kaunseling dipermudahkan ia akan meningkatkan profesionalisme seseorang kaunselor itu dan sekali gus dapat menghasilkan mutu kerja yang baik dan berkesan. Selain itu, ia juga memberi impak besar kepada klien, pentadbiran sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri mahupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini kerana segala hasil kerja yang ditugaskan dalam bidang kaunseling dapat dijalankan secara atas talian, cepat dan berkesan.

KAEDAH ATAU METODOLOGI PROJEK
Setelah perbincangan dibuat antara kami, kami memutuskan kaedah projek ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu, peringkat lakaran konsep SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH, peringkat pengumpulan semua data bidang kerja kaunseling sekolah mengikut bidang fokus dalam bimbingan dan kaunseling sekolah, peringkat membangunkan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH secara atas talian dan privasi  dan akhir sekali pelaksanaan SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH dalam setiap bidang kerja kaunselor di sekolah dan sekolah-sekolah dalam Wilayah  Pudu.


Modul e-kaunseling
-   Penyimpanan data sesi secara berpusat setiap kaunselor di dalam Database.
-   Klien boleh akses temu janji dengan kaunselor secara atas talian
-   Terdapat soal selidik secara atas talian atau dikenali sebagai e-INTERVENSI.
-   Janaan data secara gambar rajah (graf) 


Modul e-pelaporan
-   Penyimpanan data pelaporan kaunseling dan aktiviti secara atas talian (database).
-   Kesemua data pelaporan mengikut format atau kehendak KPM, JPN, PPD.
-   Janaan data secara gambar rajah (graf) 


Modul e-pengurusan
-   Berfungsi sebagai penyimpanan atau stor atau folder bagi setiap bidang kerja kaunselor sekolah.
-   Penyimpanan fail, kertas kerja, pelaporan program, surat-menyurat dan sebagainya.  


KESIMPULAN
Secara umumnya, projek ini memerlukan komitmen para kaunselor dalam menggunakannya SISTEM DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH ini bagi menjadikan ia salah satu kaedah membantu dan memudahkan setiap bidang kerja setiap pengamal kaunseling sekolah.

Bulan cabaran mental dan fizikal
Deretan 2 minggu yang melelahkan
Ya Allah, semoga dipermudahkan
Contoh ekaunseling ketua kaunselor tetapi kaunselor 2, 3 dan 4 juga format yang sama
e-rekod sesi kaunseling
e-rekod sesi kaunseling
e-intervensi murid diakes melalui blog ubk

2 comments:

Mhelmi Abdullah said...

Nak info lanjut ttg dashboard ni cikgu. Harganya?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Boleh hubungi 0123749081 admin yang membina sistem ini dan dibuka untuk tempahan. En Che Mohamad Padali