Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 October 2015

Format Pertandingan Inovasi Psikologi Kaunseling, KPM selaku wakil JPWPKL

Sesi pembentangan slaid power point hasil inovasi bersama pentadbir pengetua dan
PK HEM bersama Ketua Sektor BPSK JPWPKL dan KON 
                                             
Hari ini Ketua Sektor Bahagian Psikologi Kaunseling JPWPKL iaitu Cik Rosnah Abdullah dan Kaunselor Organisasi Negeri JPWPKL iaitu Puan Khirana datang ke sekolah untuk pemurnian dan persiapan pertandingan inovasi psikologi kaunseling pada 5 dan 6 Oktober 2015 di Putrajaya. Kami pasukan guru kaunseling SMK Cheras akan bertanding mewakili JPWPKL dalam kategori sistem maklumat. Pengalaman kami yang pertama sebab biasanya pertandingan ini didominasikan oleh pegawai psikologi kaunseling sahaja. Manakala kami adalah pasukan kaunselor sekolah. Persiapan terakhir kami dengan membuat penilaian kendiri dan penambahbaikan hasil cadangan dari panel pentadbir. Disini saya sharekan borang penyertaan dan penilaian inovasi ini untuk rujukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai pertandingan ini di masa akan datang dan membuat persiapan awal.


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN INOVASI PSIKOLOGI & KAUNSELING 2015


1.   Nama Organisasi     :         …………………………………………………………
2.   Jenis Penyertaan    :         Individu / Berkumpulan *
3.  Kategori Inovasi      :         Bahan Cetak / Sistem Maklumat / Terapi *
4.  Nama Peserta         :
BIL
NAMA
NO. K/P
NO. TEL
























·        Tidak lebih daripada lima (5) orang satu kumpulan.

     5.  Sinopsis Inovasi (tidak lebih daripada 150 patah perkataan)

Tajuk : _______________________












6.  Pengakuan Persetujuan Peserta

Saya / Kami seperti nama / nama-nama di atas akur dengan syarat-syarat Pertandingan Inovasi Psikologi & Kaunseling serta akan memberi komitmen sebagai peserta pertandingan ini. Saya / Kami mengaku dan mengesahkan bahawa inovasi yang dihasilkan ini adalah asli dan merupakan hak milik saya / kami sendiri. Terima kasih.


Tandatangan : ………………………………………………….
                      Nama :                                                        

            * Potong mana yang tidak berkenaan


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.   Penyertaan Pertandingan Inovasi Psikologi & Kaunseling ini terbuka kepada semua Kaunselor di Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja;

2.   Penyertaan Berkumpulan hanya dihadkan kepada lima (5) orang satu kumpulan;

3.   Bentuk produk inovasi adalah berdasarkan tiga kategori iaitu Bahan Cetak (buku, modul, jurnal dll), Sistem Maklumat (aplikasi sistem, ICT dll) dan Teknikal/ Kaedah/ Alat/ Terapi. Mesti merupakan inovasi dari aspek dan dimensi psikologi & kaunseling seperti ‘tool’, terapi, instrumen psikometrik/ ujian psikologi dan lain-lain yang dibina sendiri, perisian sistem maklumat psikologi & kaunseling, buku, modul, risalah dan sebagainya yang diputuskan dan dipersetujui oleh panel pertandingan;

4.   Setiap inovasi hendaklah disertakan dengan poster maklumat (minimum) satu (1) poster berukuran AO (60cm x 82cm) secara menegak (potrait) yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:-
4.1     Nama organisasi/ agensi/ jabatan/ institusi/ sekolah beserta jata Negara dan logo KPM;
4.2     Tajuk inovasi (gunakan font yang bersaiz besar dan jelas);
4.3     Abstrak/ sinopsis inovasi (ringkas dan padat);
4.4     Pengenalan/ penerangan inovasi (seperti objektif, proses inovasi, kajian (jika ada), isi kandungan, sejarah, tatacara penggunaan, kumpulan sasaran, penyeragaman, hasil dapatan dan lain-lain).

5.   Untuk tujuan pameran dan aplikasi, para peserta dikehendaki menyediakan :
5.1     Poster (seperti syarat no.4) dan bahan inovasi;
5.2     Peralatan-peralatan seperti laptop, LCD projector, pelekat, extension wires, dan lain-lain (sekiranya perlu). Pihak penganjur hanya menyediakan papan pameran dan meja.

6.   Peserta perlu mendaftarkan penyertaan masing-masing pada pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi (5 Oktober 2015) di meja pendaftaran pertandingan inovasi. Peserta akan diundi bagi menentukan kedudukan meja dan giliran membuat persembahan.

7.   Peserta dikehendaki menyedia dan menyusun atur bahan inovasi di ruang pameran yang disediakan sepanjang seminar berlangsung khususnya pada hari persembahan inovasi.

8.   Panel Penilai akan menilai bahan dan persembahan inovasi secara bergilir-gilir berdasarkan undian. Penilaian/ pemarkahan bahan inovasi adalah berdasarkan Format Penilaian Inovasi Psikologi dan Kaunseling (Lampiran 3);


9.   Pertandingan/ penilaian akan bermula pada jam 9.30 pagi dan peserta perlu berada di meja pameran masing-masing 10 minit sebelum tiba giliran untuk dinilai. Penyertaan peserta akan dibatalkan jika gagal berbuat demikian.

10. Semua poster inovasi pilihan panel penilai akan menjadi milik penganjur. Walau bagaimanapun, produk inovasi adalah milik/ hak peserta. Pihak urusetia pertandingan inovasi dan penganjur seminar tidak akan bertanggungjawab terhadap keselamatan bahan-bahan inovasi.

11. Keputusan panel penilai/ pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

12. Semua penyertaan akan diberi sijil penyertaan/ penghargaan manakala projek inovasi yang cemerlang mengikut kategori masing-masing akan dianugerahkan pingat (emas, perak, gangsa dan saguhati) mengikut piawai inovasi dan ranking yang telah ditetapkan.

13. Borang penyertaan mesti diterima oleh Urusetia Pertandingan Inovasi Psikologi & Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum atau pada 21 September 2015, sebarang kelewatan penerimaan borang tidak akan dilayan. Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh menghubungi Penyelaras Pertandingan Inovasi Psikologi & Kaunseling, Puan Normazwin binti Yahya di talian 03-8872 1745 atau Encik Mohamad Supian bin Taharim di talian                          03-8872 1702 dan faks : 03-8872 1680 / 1701.

14. Semua hasil karya yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik pihak penganjur. Para peserta tidak dibenarkan untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan hasil inovasi yang dipertandingkan daripada pihak penganjur.
                            

All the best to our team
Apa yang penting...
KERJASAMA :)



              ƒˆŠ

Sesi video bersama Ketua Sektor Psikologi Kaunseling  JPWPKL Cik Rosnah Abdullah
Sesi penilaian video bersama pengetua SMK Cheras

No comments: