Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

4 October 2015

Isu Perkhidmatan Kaunseling Oktober 2015

Perkara yang perlu diberi perhatian untuk Oktober 2015
1) Iklan kemasukan ke Kolej Vokasional 2016 pada 4 Oktober 2015
    Online pada 5 Oktober 2015, Ditutup pada 20 Dis 2015, temuduga pada 21/12/2015 - 5/1/2016
    Pendaftaran 26/1/2015
2) Psikometrik PT3 boleh didownload menerusi setiausaha peperiksaan. Dijalankan pada bulan Oktober. Key in psikometrik sebelum 31 Oktober 2015. Sijil perlu dicetak dan diserahkan kepada murid bersama keputusan PBS, PT3 dan Pajsk pada 14 Disember 2015. Perjalanan peperiksaan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Kalkulator dibenarkan penggunaannya. 
3) Borang matrikulasi berakhir pada 10 Oktober 2015. Tetapi telah dilanjutkan hingga 30 November 2015.  bagi masalah berikutan nama tidak sama dengan murid sebenar dalam permohonan matrikulasi, sila emailkan scan ic murid, nombor giliran SPM, nombor unik ID, printscreen nama murid lain yang tertera di website matrikulasi dan nombor telefon guru kaunseling atau murid tersebut. Emailkan kepada azra.zainol @ moe.gov.my
4) Tawaran kemasukan ke tingkatan 4 bagi Maktab Tentera DiRaja bagi pemohon tingkatan 3 2015. Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my. Tarikh tutup permohonan 30 November 2015.
5) Jemputan Seminar Lembaga Kaunselor pada 12 - 13 Oktober 2015 di Putrajaya dengan yuran RM 300. Sila bayar dahulu untuk pengesahan tempat dan tidak dibenarkan bayaran semasa hari pertama.
6) Pertandingan Inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling peringkat Kebangsaan di Puterajaya pada 5 dan 6 Oktober 2015
7) Saringan Pertandingan Pengurusan Kaunseling dan Pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling Kebangsaan pada 19 - 22 Oktober di Putrajaya.
8) Seminar Selami Dunia Gen Y di Universiti Malaya pada 8 Oktober 2015.
9) Persediaan program selepas PT 3
10) Peperiksaan PT3 12 - 15 Oktober 2015
11) SPLKPM perlu dikey in untuk pembelajaran kendiri terutama kajian tindakan guru kaunseling
12) Fail PPB perlu dilengkapkan untuk penilaian pentadbir
13) Perancangan strategik dan rancangan tahunan 2016 perlu disiapkan

14 )PERUBAHAN TARIKH PERMOHONAN SBP 2016 TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ONLINE.

Tingkatan 1 : 15 Oktober hingga 15 November 2015
Tingkatan 4 : 10 Disember hingga 30 Disember 2015

14) Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Terdapat beberapa program yang ditawarkan iaitu :

a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)

b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)

c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)
Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.
Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.
Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.


Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.
Bidang-bidang tersebut adalah :
·         Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
·         Kejuruteraan Awam
·         Kejuruteraan Mekanikal
·         Perdagangan
·         Sains Pertanian
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .
Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.



Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.

Jerebu oh jerebu
Cuti lagi
5 dan 6 Oktober 2015

2 comments:

Putih mutiara said...

Assalammualaikum kak..
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri, saya cikgu noralina arsad, kaunselor SMK Iskandar Shah, Jasin, Melaka.saya nak ucapkan tahniah atas pencapaian akk selaku kaunselor yang memang hebat dan terpilih mewakili wilayah untuk pengurusan bilik kaunseling..memang nampak kondusif dan teraputik..
Saya mula mengikuti blog akk sejak tahun ini dan banyak mendapat info yang bermanfaat untuk saya gunakan di dalam tugas2 saya di sini. Apatah lagi saya masih hijau dalam dunia kaunseling ini dan banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya doakan akak sentiasa berjaya dan meneruskan penulisan di blog ini.
Halalkan jika saya terambil maklumat atau ilmu yang berguna daripada blog akk ini yer..

Wassalam.

Nurhaiza Che Mat said...

ALHAMDULILLAH JIKA ENTRI BLOG INI MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN. INFO MEMANG UNTUK DIKONGSIKAN DAN DIHALALKAN APA SAHAJA YANG DIAMBIL. TERIMA KASIH.