Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

7 October 2015

Pendaftaran dan Pembaharuan Perakuan Amalan Lembaga Kaunselor Malaysia



Selepas selesai pembentangan pertandingan semalam, kami berempat geng guru kaunseling SMK Cheras ke Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya di Aras 19, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya. Terletak di tingkat 19 dan nampak pandangan tasik Puterajaya yang berjerebu. Tujuan utama untuk memperbaharui perakuan amalan dwitahunan 3 orang rakan sekerja saya ini. Pembaharuan perakuan amalan dwitahunan dengan bayaran fi RM 200 dan plus denda RM 100 jika lewat memperbaharui maksimum sebulan dari tarikh akhir perakuan amalan dwitahunan luput. Kami berempat merupakan kaunselor berdaftar. 

Pihak urusetia Lembaga Kaunselor juga memaklumkan bahawa permohonan boleh melalui laman web Lembaga Kaunselor Malaysia. Namun demikian, permohonan secara online tidak dapat dilakukan sekarang kerana masalah sistem. Namun demikian alternatif lain ialah download borang H- borang pembaharuan amalan dari laman web klik di sini http://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=lkm/counselorApplication/chooseMenu dan borang yang lengkap bersama slip bayaran diemailkan kepada lembaga.kaunselor @ gmail.com dan terus menghubungi urusetia dalam masa 2 hari selepas diemailkan. Segala tuntutan bayaran balik, perlu disertakan dengan salinan resit bayaran dan emailkan kepada urusetia Lembaga Kaunselor. Nombor akaun: 8000273435 CIMB Bank atas nama Lembaga Kaunselor.






  








Oh ye ..jika anda bertukar maklumat diri, anda boleh mengisi borang lain pula untuk maklumat terkini.

MAKLUMAT TERKINI KAUNSELOR BERDAFTAR
(SEKSYEN 30 & 31 AKTA KAUNSELOR 1998) 
Sila kemukakan maklumat terkini bagi perkara-perkara di bawah untuk tujuan pengemaskinian Daftar Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor: 


1. Nama (Seperti kad Pengenalan/My Kad) __________________________________________________ 
2. Alamat Kediaman ____________________________________________________________________ 
3. Alamat Pejabat/tempat Kerja ___________________________________________________________ 
4. No Telefon (Kediaman _______________ /Pejabat _________________ /Bimbit __________________ 
5. E-mail______________________________________________________________________________
 6. Status Pekerjaan (Swasta/Persendirian/Kerajaan/NGO); 
7. Kelulusan Akademik Tertinggi ____________________________ 
8. Tahun dianugerah: ____________ 
Silla hantar maklumat tersebut dengan kadar SEGERA ke alamat Kementerian Pembangan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Urus Setia Lembaga Kaunselor, Aras 19, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4, 62100 Putrajaya atau e-mail ke juhari@kpwkm.gov.my, tgamirul@kpwkm.gov.my atau faks ke 03-2698 2925

Bagi yang belum mendaftarkan diri, berikut merupakan peranan Lembaga Kaunselor untuk difahami dan mengambil langkah yang sepatutnya 
Seksyen 12, Akta 580 Fungsi Lembaga.
Fungsi Lembaga adalah--
(a) menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling; 
(b) menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia; 
(c) mengawal selia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap  
 kaunseling yang akan diadakan di Malaysia
(d) menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan
di Bawah Akta ini; 
(e) menentukan standard program latihan kaunseling;(f) membuat syor kepada
Kerajaan berhubungan dengan standard Perkhidmatan
 kaunseling;
(g) mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan; 
(h) mengawal selia fi yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar bagi
perkhidmatan kaunselingnya; 
(i) melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana 
lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud
yang menyentuh profesion kaunseling; 
(j) mengawal selia tata kelakuan profesion kaunseling, termasuklah menetapkan
kod etika bagi profesion kaunseling; dan 
(k) melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya
menjalankan fungsinya dengan berkesan.


Orait semua guru kaunseling, marilah mendaftarkan diri sebagai Kaunselor Berdaftar 

 UNDANG-UNDANG PENDAFTARAN
Peraturan ini terkandung di dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) seperti berikut:
Pendaftaran Kaunselor dan dan Perakuan Amalan jelas dihuraikan di dalam Bahagian IV seksyen 22 (1) (a),(b),(c) dan (2); seksyen 23(1) dan (2) bagi orang perseorangan dan Bahagian V seksyen 33.(1) (a) (b) dan 2(2); Seksyen 34.(a)(b)(c) bagi pertubuhan Pertubuhan Perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor.
22. (1) Tiada seorang pun boleh
  1. mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan atau mengemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor;
  2. menggunakan gelaran “Kaunselor Berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
  3. menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang Kaunselor Berdaftar,
melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidak berhak untuk mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saraan bagi perkhidmatan kaunselingnya.

Happy Birthday Padali
Semoga lebih cemerlang

4 comments:

wawa said...

bagaimana pula jika mahu perbaharui dwi tahunan sekarang, perlu bayaran atau tidak?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Ya. Perbaharui dwi tahunan memerlukan bayaran RM 200. Jika lewat tambah RM 100 lagi. Ikuti step diatas bagaimana untuk renew.dan sijil perakuan dipos ke alamat seperti yg dinyatakan

Anonymous said...

SALAM
SAYA BEKERJA SEBAGAI KAUNSELOR DISEBUAH IPTS, NAMUN SAYA MASIH BELUM BERDAFTAR LAGI DENGAN LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. SAYA JUGA PEMEGANG SIJIL IJAZAH PENDIDIKAN KAUNSELING. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK BERDAFTAR?

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Anda perlu menghubungi lembaga kaunselor seperti alamat di atas, maklumkan mengenai permohonan anda dan tarikh interview untuk mendapatkan lesen. Urusetia akan memaklumkan mengenai tarikh dan tempat yg perlu anda hadiri interview. Bawa sekali dokumen yg diperlukan seperti kad pengenalan,sijil ijazah, transkrip, dan lain lain lagi.