Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

5 October 2015

Persiapan Teknikal Pertandingan Inovasi Kategori Sistem Maklumat Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2015


Cuti jerebu sekolah ditutup. Namun demikian program bersama BPSK KPM dieruskan untuk persiapan pertandingan inovasi psikologi kaunseling di KPM pada 5-6 Oktober 2015. Memandangkan kami ialah pasukan WPKL yang baru pertama kali memasuki pertandingan ini malahan sebelum ini WPKL memang tidak ada yang menyertai pertandingan ini, maka garis panduan selain dari yang dinyatakan dalam surat tidak pula kami mengetahuinya. Oleh itu hari ini kami membawa bahan -bahan pameran kami seperti yang diminta dan berada di BPSK seawal pukul 8.00 pagi. 

Jika pasukan yang akan datang ingin memasuki pertandingan kategori inovasi sistem maklumat, perlu diingatkan bahawa line internet di sini sangat tidak membantu. Oleh itu jika ada dongle yang lebih baik, sila bawa. Memandangkan online kami memerlukan line internet maka ia akan menjejaskan sewaktu persembahan pembentangan. Kawan saya selaku Kaunselor Organisasi Daerah di Johor yang pernah menyertai pertandingan ini, mengingatkan saya agar printscreen terlebih dahulu bagi memudahkan pembentangan. 

Kami di bawa ke bilik pembentangan. Terdapat 23 buah pasukan yang menyertai inovasi kali ini. Maka undian dijalankan, sebanyak 5 buah sekolah di dalam satu bilik manakala 5 buah sekolah lagi dalam bilik mesyuarat. Selepas selesai pembentangan di bilik 1, undian 11 hingga 15 pula akan menggunakan bilik 1 tersebut. Pasukan 1- 5 perlu mengemas barang pameran persembahan. Papan menampal poster tidak disediakan dan kami hanya perlu menampal poster di dinding bilik sahaja. Extension perlu dibawa sendiri dan begitu juga LCD kerana dipancarkan di meja masing-masing. Jangan lupa alas meja perlu dibawa sendiri. Maka seharian kami disini hingga pukul 5 petang mencuba masalah teknikal yang akan wujud. Ia merupakan pengalaman pertama kami menyertai pertandingan yang melibatkan guru sahaja hingga ke peringkat kebangsaan dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berguna. 


5102015
Baca tarikh hari ini 
Dari kiri ke kanan
Dari kanan ke kiri
Sama ..kan :)






No comments: